Kemunculan semula Che Puan Sarimah Ibrahim di pentas Gegar Vaganza (GV), baru-baru ini mengujakan ramai pihak.
"Saya sudah empat tahun tidak beraksi di pentas yang besar, jadi rindu dan cinta itu membuak-buak apabila ditawarkan sebagai pengacara GV, minggu lalu. Lebih-lebih lagi dapat beraksi bersama Elly Mazlein. Dua-dua ‘masuk air’. Jadi, memang seronok sangat," ujarnya. Namun, mana mungkin pujian datang tidak berselang kecaman. Ada yang mendakwa, Sarimah terpaksa tone down pengacaraannya dek status Che Puan. "Saya sentiasa hormat produksi dan rakan pengacara. Saya tak mahu overshadow atau ambil tempat orang. Kena ada hormat itu. Kalau kelihatan saya tone down atau lawak tidak seperti dulu, bukan disebabkan oleh status.
"Tetapi, kerana saya sebagai wanita matang, lebih pengalaman hidup. Saya juga seorang ibu dan isteri. Saya kena pastikan cara bercakap tidak melampaui batas. Tetapi, setakat ini, penerimaan peminat, Alhamdulillah positif," jelasnya. Selain menerima pujian kerana masih boleh menyanyi dengan baik walaupun sudah tidak aktif dalam bidang seni suara, ramai peminat teruja dan tertanya-tanya, apakah rahsia kecantikannya? "Saya sangat ketagih dengan senaman. Di mana saya berada, mesti dalam sehari satu jam saya akan bersenam. Tidak kira waktu. Walaupun pulang lewat pagi, Untuk kekal muda, kita perlu tengok gaya hidup. Bukan sebab banyak duit. Tidak semua yang banyak duit itu cantik. "Ada juga yang cantik, tetapi mungkin mereka tidak banyak duit. Paling penting, dalaman. Perlu jaga kesihatan mental dan rohani. Tidak boleh sentiasa tertekan, risau dengan pandangan orang lain. Itu akan menjejaskan kesihatan," katanya. Sumber: Utusan
|
hyie replied at 2-10-2022 04:52 PM
tapi cara sheols bercakap kat gv haritu macam pelik iols rengsa
ADVERTISEMENT