CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1637|Reply: 8

'Saya Tak Mahu Overshadow, Ambil Tempat Orang' - Sarimah Ibrahim

[Copy link]
Post time 2-10-2022 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Kemunculan semula Che Puan Sarimah Ibrahim di pentas Gegar Vaganza (GV), baru-baru ini mengujakan ramai pihak.


"Saya sudah empat tahun tidak beraksi di pentas yang besar, jadi rindu dan cinta itu membuak-buak apabila ditawarkan sebagai pengacara GV, minggu lalu. Lebih-lebih lagi dapat beraksi bersama Elly Mazlein. Dua-dua ‘masuk air’. Jadi, memang seronok sangat," ujarnya.


Namun, mana mungkin pujian datang tidak berselang kecaman. Ada yang mendakwa, Sarimah terpaksa tone down pengacaraannya dek status Che Puan.




IG Gegar Vaganza




"Saya sentiasa hormat produksi dan rakan pengacara. Saya tak mahu overshadow atau ambil tempat orang. Kena ada hormat itu. Kalau kelihatan saya tone down atau lawak tidak seperti dulu, bukan disebabkan oleh status.


"Tetapi, kerana saya sebagai wanita matang, lebih pengalaman hidup. Saya juga seorang ibu dan isteri. Saya kena pastikan cara bercakap tidak melampaui batas. Tetapi, setakat ini, penerimaan peminat, Alhamdulillah positif," jelasnya.


Selain menerima pujian kerana masih boleh menyanyi dengan baik walaupun sudah tidak aktif dalam bidang seni suara, ramai peminat teruja dan tertanya-tanya, apakah rahsia kecantikannya?







"Saya sangat ketagih dengan senaman. Di mana saya berada, mesti dalam sehari satu jam saya akan bersenam. Tidak kira waktu. Walaupun pulang lewat pagi, Untuk kekal muda, kita perlu tengok gaya hidup. Bukan sebab banyak duit. Tidak semua yang banyak duit itu cantik.


"Ada juga yang cantik, tetapi mungkin mereka tidak banyak duit. Paling penting, dalaman. Perlu jaga kesihatan mental dan rohani. Tidak boleh sentiasa tertekan, risau dengan pandangan orang lain. Itu akan menjejaskan kesihatan," katanya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok laa kakmah last week. Terubat kerinduan.
Dia ni trendsetter host wanita yg gila2 daripada zaman host wanita skema.
Beza dia ni dgn host gila2 skrg dia ni banyak knowledge & fakta.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 02:37 PM | Show all posts
bukan ogy ke gila2? Melodi?

by the way i tak suka dia guna gelaran CP masa tgh buat job.
Lainlah kalau ada urusan rasmi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Boring la..  Nada dia nk sgt cerita dia bkn kak mah gali dia che puan.  Dh mcm org kj petronas plk selang 5 mnit sebut petronas
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp rambut n baju die very the 80’s 90’s cmtu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2022 04:52 PM | Show all posts
tapi cara sheols bercakap kat gv haritu macam pelik iols rengsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 2-10-2022 04:52 PM
tapi cara sheols bercakap kat gv haritu macam pelik iols rengsa

Setuju. Taktau nak describe macam mana tapi mungkinlah sebab dah lama tak ambil job mengacara…

Tapi i maafkan sebab memang cantik. Jumpa f2f masa dinner one time tu, friendly betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak best dah dia. Nyanyi pn xbpe. Lawak pn mcm xkena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2022 06:28 PM | Show all posts
apa yg bestnya sarimah ni..?? ntah apa2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.070694 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list