Penyanyi dangdut, Rizki DA berkongsi rasa terkejut apabila mendengar khabar mengenai jenayah keganasan rumah tangga yang dilakukan rakannya, Rizky Billar terhadap isteri, Lesti Kejora.
Rizki yang juga bekas kekasih Lesti berkata, dia tidak menyangka Billar sanggup menganiaya isterinya sebegitu rupa. "Ya, saya ada mendengar berita buruk itu dan ia mengejutkan, tak sangka dan ternyata disahkan oleh pihak berkuasa," katanya. Menerusi laporan portal Kumparan, Rizki berkongsi bahawa dia sempat bertemu dengan Billar beberapa hari sebelum isu itu mula menjadi bualan.
"Ya, sangat terkejut sebab Isnin lalu, saya baru sahaja bertemu Billar dan kami main bola bersama. Tiba-tiba, dapat berita begini, memang terkejut," katanya. Walaupun tidak lagi bersama, Rizki masih menjaga hubungan baik dengan Lesti dan Billar, namun tidak pernah berbicara mengenai rumah tangga mereka. "Tak pernah pula kami berbual mengenai rumah tangga masing-masing sebab kalau di luar untuk urusan kerja atau bola sepak, kami akan berborak mengenai itu saja. "Saya hanya dapat mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua mereka. Mudah-mudahan, masalah ini cepat diselesaikan dengan baik. "Tetap semangat untuk bangkit lagi. Insya-Allah, Lesti cepat pulih dan kuat," katanya. Pada 28 September lalu, Lesti membuat polis ke atas Rizky selepas mendakwa dikasari suaminya itu. Sumber: Harian Metro
|
emera replied at 1-10-2022 01:20 PM
Kat ig kemain lagi mcm loving. Laki tu pun nampak je muka baik, harmless.
naina replied at 1-10-2022 09:34 PM
Haritu kemain memuja suami hensem sampai dapat anak muka macam dia pun dia kecewa sedih sebab tak he ...
lattehazelnut replied at 1-10-2022 09:43 PM
Iols je ke yg xkenal diorg
lattehazelnut replied at 1-10-2022 09:43 PM
Iols je ke yg xkenal diorg
naina: Haritu kemain memuja suami hen ...
ADVERTISEMENT