CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Tak Adil Dia Dikecam' - Selena Gomez Mohon Peminat Henti Kecam Hailey Bieber?

1-10-2022 07:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1713| Komen: 4

Description: Selena Gomez menyeru pengikut dan peminatnya supaya tidak melakukan perkara negatif antaranya menulis kecaman atau mesej berbaur kebencian.Tindakan dan seruan itu dibuat Gomez selepas isteri kepada pe ...
Selena Gomez menyeru pengikut dan peminatnya supaya tidak melakukan perkara negatif antaranya menulis kecaman atau mesej berbaur kebencian.

Tindakan dan seruan itu dibuat Gomez selepas isteri kepada penyanyi Justin Bieber, Hailey Bieber berkongsi mengenai kecaman yang diterimanya daripada peminat Gomez sejak dia bertunang sehinggalah ke hari ini.


IG Hailey/Selena

"Ia tidak adil kerana tak ada orang pun yang patut menerima kecaman sebegitu," katanya menerusi video secara langsung di TikTok, semalam.

Menurutnya, penyokongnya adalah pengguna setia jenama Rare Beauty dan menyumbang kepada Rare Impact Fund, namun masih ada lagi dalam kalangan mereka yang tidak memahami objektifnya.


"Kalau anda menyokong Rare, saya hanya mampu mengucapkan terima kasih bukan hanya kerana sokongan anda, tetapi juga kerana anda mewakili Rare.

"Apa yang ingin saya tekankan adalah kata-kata itu sangat penting. Saya harap anda semua faham apa yang saya maksudkan," katanya.

Gomez dan Bieber sebeglum ini bercinta selama lapan tahun sebelum memutuskan hubungan pada 2018.

Beberapa bulan kemudian, Bieber dan Hailey mula bercinta dan kemudian bertunang.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-10-2022 10:13 PM
Ingat lagi masa JB n SG dtg KL.. Stay kat tmpt aku keje dulu.. Relax2 je.  Pi wangsa walk je shopping2..
Quote Minami2013 2-10-2022 08:35 AM
Hailey ni muda2 dah hampir kena serangan stroke.. stress ke dgn kecaman netizen?
Quote borrow 2-10-2022 10:21 AM
Ai team Jiley. Team adik bradik. Dh lama berkubur Karatz deyols ala FA-FAZ-LOPA la. Celebrity kerja deyols berkait dgn personal. Klo tak nasib baik sentiasa ja ada kesinambungan. Jake Gyllenhaal pun dpt death threats gara2 lagu lama Taylor naik balik.
Quote delia3003 2-10-2022 12:49 PM
Edited by delia3003 at 2-10-2022 12:53 PM

Peminat2 pun, masih tak boleh move on, yang beria mengutuk bagi pihak retis pujaan tu dah kenapa. Dah macam korang pulak yang hilang boyfriend

Hailey dgn JB dah 4 tahun pun kawen.


JB dgn SG ni pun dulu dah berapa kali putus-sambung balik, macam toksik je hubungan diorang ni. Maybe dah tak ngam tu kot, dua2 pun muda lagi masa tu, belum cukup matang.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.043837 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top