CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Lakukan Keganasan Rumah Tangga, Rizky Billar Pernah Jadi Gigolo & Ada Anak Dengan Wanita Lain?

2-10-2022 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1613| Komen: 2

Description: Nama Rizky Billar terus menjadi bualan ramai selepas didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya iaitu penyanyi Lesti Kejora.Tidak hanya isu tersebut diperkatakan, kisah silam Rizky ju ...
Nama Rizky Billar terus menjadi bualan ramai selepas didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isterinya iaitu penyanyi Lesti Kejora.

Tidak hanya isu tersebut diperkatakan, kisah silam Rizky juga mula dikorek netizen sehingga ada mendedahkan dia pernah menawarkan perkhidmatan sebagai teman lelaki upahan atau gigolo.


IG Rizky

Menerusi beberapa perkongsian yang tular di Twitter, Rizky didakwa melakukan kegiatan tersebut sekitar tahun 2015 dan wajahnya turut dikongsi oleh sebuah akaun yang menawarkan perkhidmatan tersebut di sekitar Jakarta.

Selain itu, seorang pengguna media sosial juga mendakwa Rizky sudah memiliki anak perempuan hasil hubungan dengan seorang pemilik salon kecantikan.


Semua pendedahan ini membuatkan ramai mula membenci Rizky dan percaya dakwaan mencederakan Lesti adalah benar walaupun belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

Lesti sebelum ini membuat laporan polis pada 28 September mendakwa suaminya itu melakukan keganasan rumah tangga sehingga mengakibatkan kecederaan selepas dia mendapat tahu Rizky berlaku curang.


IG Rizky

Kes tersebut mendapat perhatian banyak pihak termasuk rakan artis yang menyatakan rasa simpati terhadap Lesti.

Lesti dan Rizky bernikah pada Ogos 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Leslar Al Fatih Billar yang kini berusia setahun.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 2-10-2022 02:06 PM
Xknl..next please
Quote MistrezHermanaz 3-10-2022 01:05 AM
Alahai sendu nya komen kt sini.. Patutla yg satu lagi masuk bod retis tempatan.. Huhu.. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan utk lesti

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043254 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top