
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Katanya lagi, andai Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS dan Rina (Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia) terus berteka-teki mengenai perkara itu, ia dikhuatiri akan menjejaskan imej politik mereka.
"Kalau betul, apa salahnya. Kalau salah, ini menjawab segala tohmahan, fitnah menggunakan political assasin yang boleh menjejaskan karier politik mereka dan juga parti masing-masing.
"Jadi, keduanya patut buka mulut. Kenapa perlu sembunyikan perkara baik. Perkahwinan adalah satu ikatan yang sah dan patut diuar-uarkan kepada umum," katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, gosip liar itu tidak akan memberi impak besar kepada PAS khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Kata Azizuddin, khabar angin membabitkan Takiyuddin dan Rina hanyalah isu terpencil dan bersifat serangan peribadi.
"Saya rasa, rakyat tak tumpu sangat isu peribadi, mereka lebih fokus perkara dasar. Sebab sekarang bila saya tanya pengundi muda, amnya mereka hanya memberi tumpuan kepada isu dasar.
"Isu peribadi ini saya tak tahulah tapi kalau kahwin apa salahnya, beritahu sajalah dah kahwin. Bagi saya, isu ini sengaja dibangkitkan mungkin kerana jadi rahsia mereka," katanya.
Tambahnya lagi, isu berkenaan mungkin akan memberikan imej kurang baik kepada Takiyuddin sekiranya beliau masih ingin bertanding pada PRU-15.
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu mempunyai hak sama ada mahu mengesahkan atau mengambil sikap berdiam diri mengenai isu terbabit.
Terdahulu, spekulasi Rina adalah isteri keempat kepada Takiyuddin pertama kali tersebar tahun lepas dan kembali hangat diperkatakan April lalu dan kekal menjadi tanya-tanya sehingga ke hari ini. -CARI