CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Sekeluarga Cemas Terperangkap Kepala Air

30-9-2022 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2235| Komen: 15

Empat individu termasuk tiga kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kejadian kepala air di sungai berhampiran balai polis lama di Gombak di sini hari ini. 


Ketika kejadian, seorang wanita dan tiga anaknya dipercayai sedang berkelah sebelum hujan lebat di kawasan terbabit. 


Anggota bomba menyelamatkan seorang daripada empat individu yang terperangkap dalam kejadian kepala air di sungai di Gombak, Selangor hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.37 dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Setibanya di lokasi kejadian didapati empat individu iaitu seorang wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan terperangkap di seberang sungai.

“Kerja-kerja menyelamat dilakukan dan kesemua mangsa disahkan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambahnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 30-9-2022 07:17 PM
yang kaki bersilang tu siapa?
Quote Mamijarum06 30-9-2022 08:04 PM
Hujan mmg lebat gile2 siang td. Dgn angin pun kuat. Scary betol. MET dah bg warning ribut petir byk hari dah
Quote pu3_rania 30-9-2022 08:09 PM
Sorry lah nak simpati
Hadap sangat nak berpiknik di tepian sungai dengan keadaan cuaca buruk yang tak menentu sekarang ni
Quote grouper 30-9-2022 08:29 PM
Geng pancing mmg suka p sungai time musim2 ujan ni...klau sungai jeram camni ikan tengas senang mkn umpan berbanding ari cerah sbb air keruh time musim2 ujan ikan x nampak org...depa ni x heran sgt ngan kepala air sebab dah biasa kena..bukan x takut kepala air tapi dah berpengalaman sbb tu yg biasa masuk berita org2 p berkelah yg xde pengalaman ngan kepala air ni
Quote Carcosa 30-9-2022 08:30 PM
Anak dahla 3 orang. Ko sorang adult yg menjaga. Acah2 ibu tabah dan terpaling hands on lah ni kan. Sambil2 buat TikTok, letak lagu Yindon sayu2 then focus ke anak2 main air
Bodoh punya mak! Musim hujan, kau heret anak2 ko tu pegi berkelah. Otak tertinggal dkt placenta agaknya, masa beranak byk2 kali tu.
Nasib ko baiklah, stranded dkt seberang sungai. Kalau anak ko hanyut time kepala air tu turun? Bongok simpan sikitlah, utk anak ko yg ke 9 nanti
Quote schabella 30-9-2022 08:40 PM
Dah tau musim cuaca x menentu ni tak payah la gigih nk bkelah dlm hutan tepi sungai bagai...
Quote pu3_rania 30-9-2022 08:46 PM
Edited by pu3_rania at 30-9-2022 08:48 PM
grouper replied at 30-9-2022 08:29 PM
Geng pancing mmg suka p sungai time musim2 ujan ni...klau sungai jeram camni ikan tengas senang mkn  ...


Aku tak heran dengan kaki2 pancing ni coz kepala air ni dah jadi 'makanan' depa untuk hadap bagi mendapatkan hasil pancingan yang lumayan tapi bagi orang biasa yang hadap sangat nak berpiknik di tepian sungai dengan cuaca buruk yang tak menentu sekarang ni memang lah spisis bodoh tak bertepi coz akibatnya silap percaturan boleh melayang nyawa
Quote CikYaYaYa 30-9-2022 09:03 PM
Musim2 macam nie xpayah laaa gatai2 nak pegi piknikk laaa apaa laa kat kawasan macam nie. Xkan xtau kot sekarang dengan hujan nyaa ributnyaa.. MET malaysia dah keluarkan amaran kan
Quote hareeeesah 30-9-2022 09:07 PM
Dari siang cuaca gloomy boleh plak ko pegi sungai jugak kak oi.. nasib baik ada line nak call..
Quote Thunderclouds 1-10-2022 01:12 PM
Byk2 tempat nk piknik,tepi sungai ko pigi. Cuaca xelok skarang. Haishh
Quote mayakaren 1-10-2022 01:31 PM
Bahayakan sekarang ni..apasal ler cari.bala
Quote monreyes 1-10-2022 02:28 PM
x cakna ehwal semasa sungguh...sana sini dah banjir ko p main air pulak...
Quote ctaz 1-10-2022 02:59 PM
pegi lepak shoping compleks je la...
cuaca la ni...
Quote mojarean_X 1-10-2022 03:05 PM
Edited by mojarean_X at 1-10-2022 03:11 PM

Iols x phm bangsa2 yg x reti dok umah asyik angkut keluarga keluar jalan2 setiap masa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.063340 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top