CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

19 Pelajar Sedang Buat Latihan Untuk Peperiksaan Universiti Maut Pusat Pendidikan Dibom

30-9-2022 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1622| Komen: 5

Description: Sekurang-kurangnya 19 orang maut selepas berlaku serangan berani mati di sebuah pusat pendidikan di sini.
Sekurang-kurangnya 19 orang maut selepas berlaku serangan berani mati di sebuah pusat pendidikan di sini.

Jumlah yang cedera masih tidak dapat dipastikan, kata polis.


Letupan berlaku di pusat pendidikan Kaaj di kawasan Dasht-e-Barchi di barat bandar itu ketika para pelajar sedang membuat latihan untuk menduduki peperiksaan universiti.


Orang ramai menyaksikan lokasi letupan bom di Pusat Pendidikan Kaaj yang mengorbankan 19 orang mangsa. Foto Twitter

Ramai daripada mereka yang tinggal di kawasan itu adalah daripada etnik minoriti Hazara, yang telah menjadi sasaran dalam serangan lalu.


Hazara adalah kumpulan etnik ketiga terbesar di Afghanistan.

Rakaman di TV tempatan dan dikongsi di media sosial menunjukkan situasi di hospital berdekatan, yang mana barisan mayat diletakkan di atas lantai.

Manakala di kawasan pusat tuisyen itu memaparkan runtuhan dan keadaan kerusi serta meja bertaburan.

Pusat Pendidikan Kaaj ialah sebuah kolej swasta yang mengajar pelajar lelaki dan perempuan.

Kebanyakan sekolah perempuan di negara itu telah ditutup sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos tahun lalu, tetapi beberapa sekolah swasta masih dibuka.

Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku melakukan letupan itu.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 30-9-2022 07:21 PM
kesiannya.. harap2 bukan taliban yang buat la sebab ujung2 sia2 je penyokong taliban dalam porum ni menyokong haritu hanya sebab secebis dua tweet dari twitter, fb atau wasap terus sokong taliban
Quote DeLuna85 30-9-2022 07:24 PM
Nak hidup aman pun susah
Quote ninja9 30-9-2022 07:39 PM
kenapa target pusat pendidikan?

adakah sebab perbalahan etnik atau adakah sebab pusat itu masih mengambil pelajar perempuan? ataukah sebab lain.. betapa sewelnya keadaan diafghanistan sampai tempat belajar pun kena bom
Quote cmf_premierleag 30-9-2022 07:48 PM
ninja9 replied at 30-9-2022 07:39 PM
kenapa target pusat pendidikan?

adakah sebab perbalahan etnik atau adakah sebab pusat itu masih men ...

Afgan mmg bodoh pun
Akak penah tgk dokumentari ni, remaja pompuan afgan kene interbiu psl family dia
Taliban bodoh x bagi kaum wanita bekerja
Diorg resign kan staf wanita reramai dan suruh duk umah je.hanya lelaki je bleh keje
Mslhnya, dlm family dia takde kaum lelaki sbb dh semua mati kene bunuh dek taliban..kalo x keje, sapa nk kasi depa makan.sana bukannya ada BR1M broom apa jadah pun
Eh stupid la taliban afgan sume nih
Ko yg bunuh ahli keluarga lelaki....pastu ko x pikir ke sapa nk jd breadwinner family tu.sah2 la kaum pompuan kene keje gak.
Tak tahu kenapa Tuhan cipta bangsa afgan yg persis binatang nih
Quote CiliPadiSedap 30-9-2022 09:44 PM
entahlah kadang2 xtahu berita mana nak percaya. even internet open source. google keyword or algorithm russia ukraine pun di kawal oleh media barat.

inikan berita2 taliban arab spring. media barang, military barat control banyak benda.

kesimpulannya percayalah berita  acik pakai langsir

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040249 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top