CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perayaan Bulan Hantu Yang 'Seram'

24-8-2015 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 39063| Komen: 32



Oleh : TS LOO


Kenapa ada persembahan pentas seakan-akan konsert sepanjang bulan itu? Mengapa orang Cina bersembahyang secara ritual dengan membakar wang neraka dengan pelbagai bentuk seperti perahu, telefon bimbit, televisyen, radio, rumah dan sebagainya? Mengapa perlu sembahyangkan buah rambai, kuih muih dan biskut kanak-kanak yang berwarna-warni?


Itulah beberapa persoalan yang biasa akan ditanya oleh masyarakat bukan Cina yang musykil terhadap asal-usul dan tujuan sebenar perayaan bulan Hantu disambut dengan penuh kemeriahan di kawasan perniagaan dan kediaman orang Cina. 




Perayaan Bulan Hantu atau Zhong Yuan Jie dirayakan terutamanya oleh orang Cina berketurunan Kantonis pada hari ke-14 bulan ketujuh kalendar Cina. 


Manakala bagi orang Cina berketurunan Hokkien pula menyambutnya sehari kemudian.


Penganut agama Tao dan agama Buddha melaksanakan upacara amal untuk mengubah dan membebaskan penderitaan orang yang meninggal dunia.


Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu adalah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para anak cucu walaupun selepas kematian mereka.

Mengikut kepercayaan orang tua-tua, sepanjang Bulan Hantu Lapar perlu berhati-hati dan jika boleh kurangkan segala aktiviti sehingga ke waktu lewat malam.  

Menurut agama Buddha, Bulan Hantu Lapar adalah bulan mulia dan sangat diberkati. Para sami belajar dan berbincang tentang agama dan erti kemanusiaan pada bulan ini dengan pembebasan roh. 


Ajaran agama Buddha lebih kepada sembahyang dan berdoa kepada roh-roh yang merayau-rayau pada bulan ini apabila pintu neraka akan dibuka dan keluar dari alam ghaib.

Berdasarkan kepada legenda penganut agama Buddha perayaan Bulan Hantu tersebut sebenarnya tiada kaitan langsung dengan kisah hantu yang seram.

Sebaliknya ceritanya dikenali sebagai Modkalyayana atau Mu Lian Selamatkan ibunya. 

Di mana asal-usul perayaan ini berkisah tentang kasih sayang Mu Lian yang ingin menyelamatkan ibunya dari menderita di alam neraka.

Mu Lian, seorang anak yang taat telah memilih jalan menjadi seorang sami menyebabkan ibunya begitu marah. 

Ibunya memaksa Mu Lian makan makanan yang tidak boleh dimakan oleh sami seperti makanan berdaging kerana tidak dapat menerima hakikat anaknya menjadi seorang sami.

Sikap ibunya yang suka menghina pengemis dan kedekut, apabila sudah meninggal dunia, dia dihantar ke neraka menjadi roh yang sentiasa lapar. 


Semasa bertafakur, Mu Lian yang merupakan antara 10 murid terbaik Buddha telah mendapat petunjuk bahawa ibunya sedang sengsara di neraka. Mu Lian sentiasa berdoa dan akhirnya doa itu didengar oleh Buddha. 


Dengan izin Buddha, pintu neraka dibuka sekali dalam setahun di mana roh-roh dilepaskan ke dunia untuk mencari makanan.



Buddha mengarahkan supaya Mu Lian menyediakan kepingan makanan dalam piring yang bersih, membacakan mantera sebanyak tujuh kali dengan memberkati makanan tersebut, memetik jarinya dan memanggil keluar roh lalu menyentuhkan makanan ke lantai yang bersih.

Mu Lian meminta nasihat Buddha lagi bagaimana caranya supaya ibunya dapat dilahirkan semula sebagai manusia. Mu Lian mempersembah makanan dan jubah kepada 500 orang bhikku iaitu individu mulia yang melihat bahaya dunia, neraka dan syurga. Pahala perbuatan ini menyebabkan ibu Mu Lian lahir semula sebagai manusia.

Ajaran Konfucius turut mempengaruhi ajaran Buddha masuk ke wilayah China. di mana penyembahan terhadap roh nenek moyang mula menggantikan upacara membebaskan kelaparan hantu lapar serta upacara menyembahkan dana pemberian kepada biara. 


Upacara amal untuk membebaskan penderitaan orang yang meninggal terutama roh-roh yang tiada saudara mara maka upacara berdoa terutama kepada yang meninggal dalam keadaan yang meragukan.



Penyembahan kepada nenek moyang turut diamalkan yang mana menunjukkan ketaatan para keturunan terutama kepada anak cucu. Perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.



Rasanya anda juga pernah melihat di tepi-tepi jalan terdapat upacara sembahyang dijalankan dengan penyembahan kuih-muih dan buah kepada roh-roh sesat. 


Roh yang sesat akan dibakarkan colok, wang neraka dan upacara akan dilakukan oleh orang yang tinggal berdekatan dengan jalan-jalan tersebut. Upacara dijalankan supaya roh-roh sesat tidak akan mengganggu ketenteraman kawasan-kawasan tertentu terutama tempat yang dikatakan keras.


Berikut adalah perbezaan cara sambutan perayaan Bulan Hantu di beberapa negara Asia :




Perayaan Hantu di Malaysia
Perayaan Hantu di Malaysia dimodenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada Perayaan Hantu di negara lain. Pertunjukan pentas yang dikenali sebagai 'Koh-tai' oleh orang Cina berketurunan Hokkien.  


Dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari, dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan dan pembiayaan menerusi kutipan dana sumbangan para penduduk di kawasan terbabit. Diperrcayai persembahan turut disaksikan oleh roh-roh yang dilepaskan dari neraka, dengan itu kebiasaannya barisan pertama semasa persembahan pentas itu akan dikosongkan untuk diduduki makluk halus tersebut. 



Perayaan Hantu di Jepun: O-bon
O-bon, atau cuma Bon, merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali ke kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka.

O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun lalu. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai (masing-masing "Obon Sambutan" dan "Obon Perpisahan" respectively) di pantai timur Jepun (Kanto), pada bulan Ogos di pantai barat (Kansai).


Hari Ibu Vietnam
Di Vietnam, perayaan ini bergelar Vu Lan dan dijadikan Hari Ibu. Pada hari inilah sesiapa yang ibunya masih hidup akan berterima kasih kepada ibunya, manakala yang ibunya sudah tiada berdoa agar roh ibu-ibu mereka diberkati.
 

Kupasan ini hanya dari kaca mata dan persepsi orang Cina sahaja dan terdapat banyak versi yang berbeza namun perkongsian kali ini lebih bertumpu kepada amalan tradisi. 


Amalan tradisi turun temurun merayakan Perayaan Hantu Lapar adalah untuk mengingati yang telah meninggal dunia dan mengingatkan diri supaya sentiasa beramal untuk membantu yang memerlukan selagi masih bernafas di dunia ini.


Semoga apa yang dikongsikan dari perspektif orang Cina dapat memberi maklumat yang sewajarnya buat seluruh rakyat Malaysia. - CARI Infonet


39

Bagus
15

Marah
33

Terkejut
23

Sedih
24

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (165 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsav 24-8-2015 04:48 PM
byk jgk negara yg sambut perayaan nie rupenye..
Quote itew 24-8-2015 05:38 PM
last2 pencuri2 lapar yang amik makanan tu kah3
Quote ultramantujuh 24-8-2015 05:43 PM
Sebenarnay negara-negara yang ada orang Cina kebanyakan nya akan menyambut perayaan ini, contoh Hong Kong , Taiwan, Tanah Besar China, Chinatown di Amerika Syarikat dan Britain serta Canada..
Quote syue86 24-8-2015 05:43 PM
meriah la tempat aku nanti
Quote ultramantujuh 24-8-2015 06:29 PM
haha, siap ada tarian berpakaian seksi... dan hantu-hantu gatal akan terhibur bersama...
Quote friedfishsoup 24-8-2015 06:56 PM
ok good info to know
Quote fairy_fairy 24-8-2015 08:47 PM
Dulu masa masih study di KL, adalah sekali kitorang lapar sangat tengah malam. So jalan kaki la pergi mamak. Kitorang time tu berempat. Menyewa luar kawasan college yang majoritinya Chinese. Masa on the way pulang tu, I jalan kat bahagian kiri sekali sambil bercerita. Then my friend yang berjalan kat sebelah tu tarik I rapat2 next to her. Lepas tu dia diam and laju sangat dia berjalan. So kitorang pun follow jer lah. Bila sampai rumah, dia terus suruh kitorang semua tidur. Next morning baru dia gitau, malam tu dia nampak ada 'orang' mencangkung tengah makan atas jalan and I yang paling tepi tu kalau my friend tak tarik rapat2 ke arah dia memang dah terlanggar 'orang' tu. So happened masa tu memang time Hungry Ghost month.
Quote monyet_2015 25-8-2015 10:47 AM
warna warni kehidupan..cam best jer ada persembahan dan tarian pulak tu..
Quote Artemesiaa 25-8-2015 11:23 AM
Ooo kesahnya
Quote Faina 25-8-2015 11:34 AM
adat dan kepercayaan masing2
so respect je raya ni
Quote aminsaniah 25-8-2015 12:27 PM
sabtu lepas nmpak diaorg smbut kat tmpt iouls...byk makanan, buah berbakul2...terfikir jugak sape la nk mkn byk2 tu
Quote uniq61 25-8-2015 12:29 PM
ITU SEMUA KEPERCAYAAN MEREKA..
AKU DULU DUK KAT JINJANG KAWASAN ORANG CINA..
SIAP ADA TANGLUNG DAN YANG KELAKAR MASA TU AKU ADA KAWAN CINA TAPI BERUGAMA KRISTIAN...DIA MEMANG NAKAL....DIA CURI BUAH LIMAU KAT DALAM TOK KONG KECIL TU....YANG KELAKARNYA BILA NYONYAH TUA TU PERGI KAT TOK KONG TU.....DIA MENDONGAK KE ATAS...MUNGKIN DIA FIKIR ROH SIMATI DAH MAKAN LIMAU TU..
Quote aTiKah_aYuNi 25-8-2015 02:13 PM
nice info                     
Quote mamaezah 25-8-2015 02:27 PM
wayang tu dulu depan quaters kami, bila mai season lagu ni, wayang pun sibuk hiruk pikuk dgn para pelakon dia yg conteng muka kaler kaler...and yes  row depan memang kosong.....
Quote piao 25-8-2015 04:27 PM
[youtube]YZk8Z0egbXg[/youtube]
Quote watie_na 25-8-2015 05:22 PM
aku suka bila start pesta bulan hantu lapar, kat tv banyak cerita hantu keluar.  
Quote clarizsa 25-8-2015 10:25 PM
Ooo bulan hantu... no wonder laa.. asyik ngikut je.. hmmm..
Quote RatuDunia94 26-8-2015 01:58 AM
knp diorang x bakar yg original? i mean duit ori, hpone ori, kereta ori...
Quote Ipo 26-8-2015 08:47 AM
teringat masa duk melaka dulu..
belakang rumah kubur cina
time hantu lapar ni (bulan 8)...berbondong2 depa datang dengan macam2 replika untuk dipersembahkan kepada si mati..
ada satu tu..kereta Roll royces...mak aih..cantik gila replikanya..tapi lepas tu ..kena bakar..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055023 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top