CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pisang Goreng Milik Indonesia?

30-9-2022 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5939| Komen: 87

Pisang goreng dikategorikan sebagai miik Indonesia oleh laman web TasteAtlas yang berpangkalan di Croatia.

Menerusi hantaran dalam Facebook TasteAtlas, pisang goreng menduduki tempat ke 42 daripada senarai 50 makanan terbaik di dunia.


Pisang goreng mendapat skor 4.6 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.


Utusan

Laman web itu sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan serta hidangan popular dari serata dunia.

TasteAtlas adalah projek yang diasaskan oleh wartawan dan usahawan, Matija Babic dari Croatia.


Babic menggelarkan dirinya sebagai ensiklopedia hidangan makanan tradisional dunia, pengumpul bahan-bahan tempatan dan restoran asli.

Sehingga kini, syarikat yang terdiri daripada 30 pengarang dan penyelidik sudah menyenaraikan lebih 10,000 makanan dan minuman serta 9,000 restoran di seluruh dunia.

Berdasarkan senarai terkini itu, roti canai diumumkan sebagai makanan jalanan terbaik di dunia dengan mencapai skor tertinggi iaitu 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.



Di tempat kedua, lumpiang Shanghai yang dikenali sebagai Filipino spring rolls serta diikuti Karaage dari Jepun dan Banh Mi, Vietnam.

Carta tersebut turut menyenaraikan makanan lain seperti samosa (India), pisang goreng (Indonesia), pizza (Itali) dan shawarma (Lebanon).

Pengumuman itu sudah pasti menggembirakan ramai rakyat Malaysia yang berkongsikan cara menikmati roti canai dengan kari ayam, daging dan kuah dal.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rashiman 30-9-2022 05:06 PM
Malaysia no.1


Quote msdummy.2018 30-9-2022 05:17 PM
Isi dengan tajuk xselari..xhbs spm kah?
Quote kemaruk 30-9-2022 05:18 PM
macamlah roti canai milik malaysia

nama pon roti "chennai"

sudah2 la claim mengklaim macam mereka
Quote krustykrab 30-9-2022 05:19 PM
Carimal ni friskies kah?
Quote sukacactus 30-9-2022 05:20 PM
Alaaa…tu pun nak bising ke TT
Dah mmg kat sana pun ada, siap jual dlm kotak lg
Quote kemaruk 30-9-2022 05:22 PM
dekat bandung, indonesia takde pulak jumpa mi bandung atau air bandung

pastu mi jawa pon tak wujud kat situ.. yang ada cuma bakmi, rupa jauh berbeza dari mi jawa

asam jawa pon dorang tak tau

sape bagi nama2 ni ye

scam betul
Quote kemaruk 30-9-2022 05:23 PM

mana pergi izzah abbasy dan reporter yang lain ye
Quote Suchi 30-9-2022 05:33 PM
Pisang nangka goreng sedapnya, cicah plak ngn sambal kicap.
Iols bkn wong jowo tp jenis suka mkn sweet savoury nih.
Tak suka pisang goreng yg guna tepung goreng segera mcm adabi ke apatah tu tak best kerak dia.
So kalau nak beli iols akan cari yg guna bancuhan sendiri tu.
Quote sharlenetexas 30-9-2022 05:45 PM
krustykrab replied at 30-9-2022 05:19 PM
Carimal ni friskies kah?

Pesen ayamph pun ada.


Quote Thunderclouds 30-9-2022 05:45 PM
Suchi replied at 30-9-2022 05:33 PM
Pisang nangka goreng sedapnya, cicah plak ngn sambal kicap.
Iols bkn wong jowo tp jenis suka mkn swe ...

Aku suka cicah susu dok johor tiap kali cuti sekolah baru tau belah sana cicah sambal kicap. Roti canai kosong pn suka cicah susu
Quote krustykrab 30-9-2022 05:48 PM
Thunderclouds replied at 30-9-2022 05:45 PM
Aku suka cicah susu dok johor tiap kali cuti sekolah baru tau belah sana cicah sambal kicap.  ...

Org johor satay pun cicah kuah kicap
Quote syamzana 30-9-2022 05:54 PM
Suchi replied at 30-9-2022 05:33 PM
Pisang nangka goreng sedapnya, cicah plak ngn sambal kicap.
Iols bkn wong jowo tp jenis suka mkn swe ...

baru je beli pisang nangka goreng kat puchong kelmarin. sedapnya. payah nak jmp pisang nangka. nama gerai tu goreng pisang kelate. jauhnya mai neger pisang goreng mujur sedap.
Quote akies 30-9-2022 05:55 PM
Roti canai juaraa
Quote Thunderclouds 30-9-2022 06:28 PM
krustykrab replied at 30-9-2022 05:48 PM
Org johor satay pun cicah kuah kicap

Betol nokkk....stresss aku
Quote Tinot7 30-9-2022 06:31 PM
krustykrab replied at 30-9-2022 05:48 PM
Org johor satay pun cicah kuah kicap

Ong johor mkn satay cicah kuah kicap? Bior betik...
Quote jazaa100 30-9-2022 06:36 PM
Tinot7 replied at 30-9-2022 06:31 PM
Ong johor mkn satay cicah kuah kicap? Bior betik...

Manade...

Aku tak pernah jumpa pun
Quote jazaa100 30-9-2022 06:37 PM
syamzana replied at 30-9-2022 05:54 PM
baru je beli pisang nangka goreng kat puchong kelmarin. sedapnya. payah nak jmp pisang nangka. nam ...

Pisang goreng kelantan letak kelapa.

Perghhhh...sedap Zana oiii.....
Tapi susah nk dpt kat kl ni....
Kat kgbaru, letak rempah style jawa
Quote che-cikL 30-9-2022 06:42 PM
kemaruk replied at 30-9-2022 05:18 PM
macamlah roti canai milik malaysia

nama pon roti "chennai"

Laaahh ye ke... Make sense jugak, walaupun edisi asalnya roti paratha kan.. pernah makan kat Yindia dulu, di Delhi & Cochin belasan tahun lampau, sebab itu je yg iols kenal kat dalam menu tu. Selama ni ingatkan sebab kena canai-canai dgn tangan tu, jadilah panggilannya roti canai pada hari ni. Interesting
Quote cmf_almondpecan 30-9-2022 06:45 PM
Jamaica dan lain2 negara West Indies pun ada hidangan pisang goreng berupa fried sweet plantains.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.036503 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top