CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Palestin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Ketika Dikejar Tentera Israel

30-9-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1309| Komen: 9

Description: Seorang kanak-kanak lelaki Palestin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dikejar tentera rejim Israel di Tebing Barat pada Khamis, dengan Washington menyokong siasatan dijalankan.
Seorang kanak-kanak lelaki Palestin meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dikejar tentera rejim Israel di Tebing Barat pada Khamis, dengan Washington menyokong siasatan dijalankan.


Rayyan Suleiman yang berusia tujuh tahun pulang dari sekolah bersama murid lain di kampung Tuqu sebelum mereka dikejar tentera rejim zionis itu.


Rayyan 
Foto: Middle East Eye

"Dia (Rayyan) mati di tempat kejadian kerana ketakutan," kata bapanya, Yasser dalam video yang tular di media sosial.

Seorang pegawai perubatan yang memeriksa mayat kanak-kanak itu memberitahu Reuters, tiada sebarang trauma fizikal dan kematian itu kelihatan konsisten dengan kegagalan jantung.


Kementerian Luar Palestin mengutuk insiden itu sebagai 'jenayah jelek' oleh Israel.

Bagaimanapun, jurucakap tentera Israel berkata, ketika kejadian, tentera di kawasan berhampiran mencari warga Palestin yang disyaki melarikan diri ke kampung itu selepas membaling batu ke arah tentera rejim itu.

"Siasatan awal menunjukkan, pencarian yang dilakukan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di kawasan itu tiada kaitan dengan kematian tragis kanak-kanak itu," kata jurucakap itu.

Sebaliknya, penduduk Palestin berkata tidak ada kejadian membaling batu pada masa itu.

Di Washington, Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Vedant Patel berkata, Amerika Syarikat sedih dengan berita kematian kanak-kanak Palestin yang tidak bersalah itu.

"Kami menyokong penyiasatan menyeluruh dan segera mengenai kematian kanak-kanak itu" katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 30-9-2022 04:49 PM
Memang dah sedia ada masalah jantung ke?


Quote mojarean_X 30-9-2022 09:26 PM
EXbtqBZU8AIOP6r.jpg
Quote mojarean_X 30-9-2022 09:26 PM
Zionis yahudi laknatullah
Quote dua_chzy 30-9-2022 09:28 PM
First time saya nampak gambar anak Palestin muka Melayu. Al Fatihah.
Quote LadyCarefree 30-9-2022 09:28 PM
Auto masuk syurga lah budak tu. Elok kot dari nak hadap hidup kat palestine. No?
Quote dua_chzy 30-9-2022 09:29 PM
Macam muka anak kawan pun ada budak i ni i tapi dia bukan Melayu, Dusun Sabahan totok jah.
Quote Perawankota 30-9-2022 09:38 PM
Mungkin memang ada masalah jantung kot
Quote gideoncross 1-10-2022 01:01 PM
Perawankota replied at 30-9-2022 09:38 PM
Mungkin memang ada masalah jantung kot

Pstu tiba2 trnmpk plak Zionis, mna xnya tkut, adoi. Smoga syurga utk budak ni.
Quote ctaz 1-10-2022 03:03 PM
askar yahudi laknat...ngan budak2 berani ler....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.059375 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top