CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Tak Mengaku Seks Luar Tabii Anak Di Belakang Lori

30-9-2022 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3177| Komen: 17

Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas tiga pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul anak kandungnya berusia 23 tahun, dua minggu lalu.


Lelaki berusia 55 tahun itu mengaku berkenaan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.


Gambar hiasan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anak perempuannya, di belakang lori, di Sungai Besi pada jam 2.30 hingga 3.30 petang, 18 September lalu.

Pertuduhan bagi kes rogol dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun, selain dikenakan minimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan.


Sementara kesalahan melakukan persetubuhan luar tabii, bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara antara lima hingga 20 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mencabul kehormatan pula mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub manakala tertuduh diwakili peguam, Mona Anak Leonard Lubon.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 Oktober depan untuk sebutan kes.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Friska 30-9-2022 04:10 PM
Pas baca judul trit saya kira kejadiannya di India, ternyata saya salah
Quote alieyrina 30-9-2022 04:14 PM
Babi nya. Patut kau dilempar dari jejambat lebuh raya setan
Quote dua_chzy 30-9-2022 04:18 PM
Kalau tak Melayu, India.

Tapi mengapa kau bertindak sampai gitu? Kot ye pun marahkan anak ka apa? Pelik kes ini sebab anaknya dah 23 tahun. Jarang bapak2 nak sexually assault anak sebegini besar unless assault tu mula dari anaknya underage lagi.
Quote Miss_LoveLeen 30-9-2022 04:57 PM
Anak dah 23? Besar dah tu. Syeshuatu betul kes ni  
Quote slavehunter 30-9-2022 05:01 PM
Tak rasa jijik ker turn on dengan ahli keluarga sendiri dan saudara mara sendiri?

Yikes. Sicko.
Quote naina 30-9-2022 05:31 PM
23 tahun tu dah besar dah otak pun besar boleh fikir. Anaknya waras ke tak tu? Kalau waras aku heran. Boleh je ko lari or meronta2 dengan kuat kalau sekadar belakang lori. Dah besar kot 23 tu. Boleh je lawan
Quote cattiecute 30-9-2022 05:33 PM
belakang lori takda sapa lalu ke area situ? macam pelik je. siang2 pulak. macam omputih dah gaya
Quote chenta_dewi 30-9-2022 05:59 PM
Duduk dgn mak tiri bkn mak kandung..
Quote laksmanabentan 30-9-2022 08:13 PM
hahahahahaha da 23 tahun pun menadah aja ker????
Quote susukambingbest 30-9-2022 09:52 PM
Sial pnya jantan. Aku rasa anknya oku lembam.
Quote rogayahtop 1-10-2022 04:44 AM
ada aje kes cina rogol anak, bukan melayu dgn india je . kat indon tu pun bersepah2 kes incest,

yg pasti selalunya jantan. ada jugak kut mak2 gila tp mmg tak pernah dgr kat malaysia. kat negara jiran sebelah mmg ada  
Quote batmana 1-10-2022 05:36 AM
Ade juge kes anak pmpn tu buat tuduhan palsu.psl nk kenakan bapaknya
Quote me12345 1-10-2022 08:34 AM
23 tahun tu besar dh tu...
Quote epal_putih 1-10-2022 08:39 AM
Nape tak lawan. Letak pisau kat tengkuk kut
Quote Hoshhi 1-10-2022 01:23 PM
jijik bapak x guna
Quote lattehazelnut 1-10-2022 07:08 PM
Pakcik isteri dua pun nak merogol anak lagi..

Nak tundukkan perempuan bukan dgn kekuatan je..
Bapak dia mungkin ugut nak rogol adik2, cederakan mak / adik, dsb..
Kne tau titik lemah perempuan tu je..

N xde jaminan diberikan sbb khuatir mangsa kne kacau..
Of cos la ade peras ugut.:

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.124756 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top