Seorang remaja perempuan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin, Johor Bahru pada 20 September lalu.
Tertuduh, Sim Hui Ying, 19, yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju T berwarna hitam hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R. Salini. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja itu didakwa dengan niat telah membunuh seorang lelaki bernama Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin di sini pada pukul 8 malam, 20 September lalu. Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati sekiranya disabitkan bersalah. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula pada 6 Disember ini bagi penyerahan laporan kimia dan laporan bedah siasat. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan tertuduh telah ditahan polis dan dikenakan reman tujuh hari bermula 21 September. Difahamkan, remaja berkenaan bertindak menikam teman lelakinya menggunakan sebilah pisau ketika cuba mempertahankan diri dengan menentang kemahuan kekasihnya yang mahu melakukan hubungan seks tanpa kerelaan. Remaja berkenaan kemudiannya memaklumkan keluarganya berhubung kejadian tersebut sebelum mereka membuat laporan polis. Sumber: Kosmo
|
tri-max replied at 30-9-2022 08:18 AM
agak lemah alasan pertahankan maruah sedangkan kau dalam situasi dalam bilik hotel bersama si mati
s ...
dua_chzy replied at 30-9-2022 04:20 PM
Takde la lemah sangat. It's all about consent. Laki rogol bini pun boleh didakwa jika bini tak ber ...
tri-max replied at 30-9-2022 08:28 AM
tp dia membunuh sis, kalau takat tendang 2 biji kasi senak ... no hal
anyway mana dia dapat pis ...
testly replied at 30-9-2022 04:56 PM
Kes yg org yu pertahankan diri n keluarga dia dr perompak pun org tu kena hukuman. Xkan yg ni lepas ...
Skuau replied at 30-9-2022 05:06 PM
bukan gedik la..non moslem yg bukan bumi,omputeh...msh membenarkan laki pompuan duk 1 bilik camtu. ...
Skuau replied at 30-9-2022 05:06 PM
bukan gedik la..non moslem yg bukan bumi,omputeh...msh membenarkan laki pompuan duk 1 bilik camtu. ...
tri-max replied at 30-9-2022 04:28 PM
tp dia membunuh sis, kalau takat tendang 2 biji kasi senak ... no hal
anyway mana dia dapat pis ...
ADVERTISEMENT