Pelakon, Scha Elinnea, 23, sering menjadi perhatian gara-gara penampilan berani dan seksi. Terbaharu, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri di slot Samarinda TV3 berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan itu sekali lagi mencetus sensasi apabila muat naik foto memaparkan dirinya mempunyai tatu di bahagian badan disertakan dengan kapsyen ringkas "New chapter".
Selain komen yang mempersoalkan tentang tatu tersebut, banyak komen yang memuji kecantikan pemilik nama Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.
Terdahulu, pada tahun 2020 Scha juga pernah mendapat perhatian netizen gara-gara memuat naik foto bertatu namun dia menjelaskan tatu tersebut hanyalah tatu palsu yang dibeli dalam talian. "Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan penggambaran, jadi saya saja beli tatu palsu di Shopee. Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun. "Ia hanya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di IG. Jadi, saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk buat perkara itu," katanya. Jadi, mungkin juga tatu yang baru ini palsu dan hanya sekadar suka-suka atau juga kehendak watak baru yang akan dilakonkan nanti? - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|