Tindakan pelakon Sharifah Rose memuat naik status masih gementar ketika meminta izin daripada ibu bapa untuk pergi bercuti membuat segelintir netizen kurang senang hingga mengungkit kembali kisah lama.
Menerusi ciapannya, individu berkenaan mengungkit semula kontroversi Rose bercuti ke Phuket sekitar dua tahun lalu. Ciapan itu mendapat perhatian Rose yang menempelak dakwaan individu berkenaan. Baginya, adalah tidak wajar kisah lama diungkit-ungkit.
“Bagi saya, tak baik la ungkit benda yang dah lepas yang kita sendiri dah tak ingat pun. Tapi netizen kan, kita pun tak boleh nak kawal. “Tapi saya ada juga mesej secara peribadi individu yang buat status tu. Saya minta dia untuk padam tweet tu. Sebab saya tak berapa selesa dia korek balik cerita lama. “Benda yang kita tak nak ingat pun tapi dia nak ungkit pula. Tapi individu itu tak respon pun… jadi, saya malas nak panjangkan isu, saya biarkan saja,” ujarnya kepada GEMPAK. Rose yang kini berusia 24 tahun mengakui masih gemuruh saat ingin meminta izin kedua-dua ibu bapanya sebelum pergi bercuti. “Saya masih lagi tinggal bersama ibu bapa… ibu bapa saya pun jenis memang tegas. Jadi, bila nak pergi mana-mana kena minta izin mereka. “Saya pun dah lama tak pergi bercuti, jadi bila nak minta izin tu rasa nervous la,” ujarnya. Untuk apa ungkit kembali kisah lama? - CARI
|
t_hahahaha replied at 8-11-2022 08:04 PM
di ni habis belajar ke tidak eh...sekadar bertanya
doubleA replied at 29-9-2022 06:35 PM
Bimbo rupanya seripah. Nak buat macamana benda dah viral dulu, semoga belajar dari pengalaman lalu, ...
ADVERTISEMENT