|
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsikan satu situasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di mana seorang lelaki warga emas bercakap dengan nada kuat sehingga menyebabkan pesakit lain tidak selesa.
Namun, selepas ditegur individu berkenaan, rupa-rupanya lelaki Cina berusia 85 tahun itu sebenarnya mengalami masalah pendengaran sehingga sukar mendengar percakapan dan pengumuman dibuat kakitangan hospital. Difahamkan, kehadiran warga emas itu ke hospital adalah untuk membaiki alat pendengarannya, namun ramai yang tidak mempedulikan dirinya tanpa menghulurkan sebarang bantuan. Individu terbabit mengakui dia pada awalnya kurang senang dengan warga emas terbabit, namun dia kemudian simpati atas nasib pak cik itu selepas mengetahui keadaannya. Malah, dia yang hadir tanpa penjaga terpaksa berkomunikasi menggunakan kertas. Sehubungan itu, ramai mengharapkan kejadian sedemikian dapat dijadikan sebagai pengajaran untuk orang ramai lebih peka dengan kebajikan orang tua mereka sekiranya masih hidup. Sumber: OHBulan
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
4-2-2026 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.141207 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.