CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Risau Timbul Rasa Dendam, Lelaki Tak Nak Tahu Siapa Hantar Tanah Kubur Berdarah

29-9-2022 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1301| Komen: 11

Description: Walau zaman semakin moden, masih ramai mengamalkan perkara syirik dan menyesatkan akidah demi kepentingan peribadi.
Walau zaman semakin moden, masih ramai mengamalkan perkara syirik dan menyesatkan akidah demi kepentingan peribadi.

Terbaru, tular kisah seorang pemilik bengkel dipercayai menjadi mangsa sihir angkara iri hati.



Menerusi hantaran di laman Facebook Abbas Atiqah, pemilik bengkel kenderaan yang terletak di Pontian itu terkejut apabila menemui bungkusan hitam mengandungi tanah kubur dan daun kering di hadapan premisnya.



FB Abbas

Berdasarkan penemuan bungkusan hitam itu, lelaki tersebut beranggapan ada individu cuba menutup periuk nasinya dengan melakukan sihir.


FB Abbas

Pun begitu, pemilik bengkel tersebut tidak berminat untuk mengetahui gerangan individu yang telah menghantar sihir itu. Sebaliknya, dia mengirimkan doa kepada pihak berkenaan agar segera bertaubat.


FB Abbas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah kepada pelaku kerana menggunakan cara yang kotor untuk menjatuhkan orang.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 29-9-2022 07:36 PM
I is skeri

kalau aku, takde nye nak bukak belek benda alah pelik depan premis
silap2, sapu je sekali dengan sampah lain, ikat plastik hitam, masuk tong sampah
sampai ke sudah tak tau kena sihir
Quote virgo19 29-9-2022 07:43 PM
Mcmana boleh tau tu tanah kubur ya.. ada bau khas ke apa?
Quote naina 29-9-2022 07:55 PM
Darah apa tu? Biasa sihir ni dia guna darah babi tulang babi. Tak tau kenapa
Quote JunkMail 29-9-2022 08:00 PM
Sama macam komen di atas... Macam mana dia tahu itu tanah dari kuburan? Ada nota kandungan jenis jenis tanah ke? Entah-entah tahi kering ..
Quote bulanbulat 29-9-2022 08:11 PM
Mana tau tu tanah kubur dan darah?
Quote freesia71 29-9-2022 08:18 PM
Kenapa aku nampak cam t*hi.?
Quote KamikuP 30-9-2022 09:14 AM
Adakah marketing semata2?
Quote bulalof 30-9-2022 09:18 AM
siasat dulu...

maybe prank nak menakut-nakutkan saja.
Quote cattiecute 30-9-2022 09:52 AM
macam tahi sembelit budak je. keraih dan berdarah sikit huhu
Quote prettyuglybabe 30-9-2022 10:28 AM
i percaya marketing je ni..
kalau betul orang nak buat, jadah main letak gitu je atas jalan..
kurang-kurang sorok or tanam..
penat-penat gi kubur ujung-ujung majlis bandar sapu..
tak pun hanyut masuk longkang..
Quote belilies 30-9-2022 10:56 AM
virgo19 replied at 29-9-2022 07:43 PM
Mcmana boleh tau tu tanah kubur ya.. ada bau khas ke apa?

Iols pun curious jua. Sebut je lah tanah cukup. Nak kata tu bau mayat pun xboleh sbb dah berbalut darah

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055384 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top