CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kedai Kopi Tunggang Isu Baki 5 Sen 'Dihalalkan' Untuk Marketing Murahan?

1-10-2022 08:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4703| Komen: 65

Description: Mungkin bagi sesetengah orang, mungkin mereka tidak kisah dan menghalalkan saja baki RM0.05 sen yang tidak dipulangkan kepada pembeli atau pengguna.Namun, ada juga mempertikaikan alasan tidak memulang ...
Mungkin bagi sesetengah orang, mungkin mereka tidak kisah dan menghalalkan saja baki RM0.05 sen yang tidak dipulangkan kepada pembeli atau pengguna.

Namun, ada juga mempertikaikan alasan tidak memulangkannya kerana tidak cukup wang.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang lelaki membangkitkan isu wang baki RM0.05 sen yang sering ‘dihalalkan’ peniaga di sebuah ‘outlet’ kedai kopi dengan alasan tiada wang kecil untuk dikembalikan kepada pembeli.


FB Fdaus

Pendapat lelaki tersebut walau bagaimanapun menerima reaksi berbeza daripada netizen. 


Ada yang merasakan isu itu sebagai remeh dan ada juga menyokong penulisannya di Facebook, baru-baru ini.



Berikutan itu, syarikat kedai kopi berkenaan menerusi media sosial mengambil maklum mengenai isu tersebut dan menawarkan diskaun RM0.75 kepada pelanggan yang ingin membeli kopi itu dengan beberapa terma dan syarat.







Ada netizen menyambut baik tawaran itu, namun ramai juga menganggap mereka cuba membuat marketing dengan ‘menunggang’ isu berkenaan.

Masih ingat dengan kisah pegawai bank menjadi jutawan dengan mencuri satu sen setiap hari dari setiap akaun di Hock Hua Bank ke akaun proksi bank lain?




Sumber: BeautifulNara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 1-10-2022 08:06 PM
Kalau mmg sengaja takde duit baki lima sen, baik zus dan kedai2 lain genapkan je harga.


Quote Mamijarum06 1-10-2022 09:07 PM
Come on zus jgn byk2 issue sgt tau i taknak boycott chuol. Ioll dah la suke beli. Guna aps, ade points, reached certain level beli 1 cup pun free delivery. Nak pick up sendiri pun senang. Byk kali ioll dpt buy 1 free 1. Not the best coffee but for me better taste n price then strbux [em:2:]
Quote Belibis 1-10-2022 09:13 PM
Adan uke...duit dia amat berkira..duit orang anggap tak bernilai..
Quote lattehazelnut 1-10-2022 09:18 PM
Tu iols malas bayar cash.. sume reload app, ewallet or cc je..
Quote awanearisu 1-10-2022 09:49 PM
Kedai yang tetapkan harga, kedai juga kena ambil tanggungjawab memastikan baki syiling secukupnya.
Quote zamzam 1-10-2022 09:57 PM
Aku pernah maki cashier kat satu outlet ni sbb dgn selamba kata xder duit lima sen untuk baki. Aku ckp tu kau punya pasal sbb kalau sehari 100 org xdpt baki dah berapa tokey kau dpt? Terus tokey dia dtg bagi aku seposen dan mintak mahap. Aku pun buat muka seposen terus blah. Its not the matter of the amount tp dah kau jual ada sen sen then make sure sufficient denominations.
Quote AKAZ85 1-10-2022 10:15 PM
Kopi dia bukan sedap mana pon tapi kemain ko menganjing customer ye
Quote akies 1-10-2022 10:37 PM
Ai bukan peminat tegar kopi zus ni.
Tgk manjang budak cina tukang buat air nya..kembang tekak.

Quote R2D2 1-10-2022 10:55 PM
dulu kan isu bas Intrakota (betulkan kalau silap)
isu 10 sen tak pulangkan
pun org anggap remeh
sekali didedahkan jumlah penumpang dlm sehari naik bas
baru semua terduduk dgr jumlah collection 10 sen yg tak dpt dipulangkan
Quote supernaturalee 1-10-2022 11:28 PM
Kisah peg bank curi 1 sen tu dh diadaptasikan sbg drama siri
Capik Kyle xy jd banker tu
Mgu dpn start   

Need to set a very low expectations so that you'll be less anger
Koh koh koh
Quote rogayahtop 2-10-2022 12:07 AM
Balance kat 99 kdg2 halalkan je . tp cashier tu pun ada je customer tak cukup duit syiling dia yg top upkan.

Tp yg touch n go pulak berapa banyak kad duit lesap dia sapu pasal tak boleh refund kad2 lama yg expired. Akak je ada 5 kad tng, belum masuk kat ktm komuter, mcm2 lagi la kad company malaysia ni yg dah expired ada duit/ point dlm tu tp x boleh nak refund/claim.

Quote Skuau 2-10-2022 12:12 AM
Edited by Skuau at 2-10-2022 12:16 AM
R2D2 replied at 1-10-2022 10:55 PM
dulu kan isu bas Intrakota (betulkan kalau silap)
isu 10 sen tak pulangkan
pun org anggap remeh


yg ni aku pernh 'naikkan' kt akhbar sinar harian dedulu.Rapidkl pon..x bg baki balik seposen..tambang RM1.90/RM2.90....kalo letak rm2/rm3(masa ni msh pakai note lg).
Quote Skuau 2-10-2022 12:15 AM
Edited by Skuau at 2-10-2022 12:17 AM

camni nk try depa...arini bior depa 'utang' kita 5 sen...sok mai..try plak kita bayor depa x ckp 5 sen..tgk depa ckp/buat apa...
Quote LadyCarefree 2-10-2022 12:22 AM
rogayahtop replied at 1-10-2022 11:07 PM
Balance kat 99 kdg2 halalkan je . tp cashier tu pun ada je customer tak cukup duit syiling dia yg to ...

Betullah sangat pasal kad2 ni semua. Buatlah macam oyster card contohnya tak ada expiry date.
Quote Fly_over 2-10-2022 12:32 AM
rogayahtop replied at 2-10-2022 12:07 AM
Balance kat 99 kdg2 halalkan je . tp cashier tu pun ada je customer tak cukup duit syiling dia yg to ...

kan… mcm g theme park ke.. nak mbeli dlm park tu kena pakai kad dia. contoh kte masukkan 100 ada baki xleh refund tp boleh topup utk lain kali dtg. abes kalau x dtg lg lesap mcm tu jela. br kad kte sorg. kad family lain2 bape buanyak huntong dorg kt situ…
Quote dudaberhias 2-10-2022 12:34 AM
AKAZ85 replied at 1-10-2022 10:15 PM
Kopi dia bukan sedap mana pon tapi kemain ko menganjing customer ye

tu la... tapi starbucks, tealive pun memang tak sedap... lagi sedap bancuh sendiri ikut rasa...tea live paling hauk sebab iols selalu dapat kopi susu cair kurang baik haku bancuh kat umah...

Quote DeLuna85 2-10-2022 01:35 AM
Kopi zus tak sedap la
Quote Lagubestbest 2-10-2022 02:15 AM
rogayahtop replied at 2-10-2022 12:07 AM
Balance kat 99 kdg2 halalkan je . tp cashier tu pun ada je customer tak cukup duit syiling dia yg to ...

Tu la fungsi kad macam tu. Mana2 pun, memang takleh refund. Duit terkumpul semua tu jadi instrument untuk tunjuk kat bank (apply loan/ cagaran/ melabur etc).
Quote Adrif 2-10-2022 02:52 AM
aiyo. basic kot jadi cashier, mana boleh customer short duit 5 sen tu.
tak tau la kedai lain camane, tapi kedai kitorang, kalau baki 15 sen gitu, nah bagi terus 20 sen. "Saya bagi baki sekian ya, takde 5 sen, maaf.". aa simple ja. takpa kedai tanggung short 5 sen.
plus, tu pun tanggungjawab cashier jugak kena prepare duit pecah. dia kena discuss dengan manager camana.

sehari baru berapa sen kena cover balik short.

tapi sekarang ni jarang la bagi baki 5 sen, customer sendiri tak mau
"That 5 cent, keep the change." gituuu.

ada tu jenis customer, nak duit baki kertas sahaja, tanak duit syiling hatta baki atas 50 sen. baki aku atas 50 sen tu dah besar nilai tau.

paling power kalau jenis customer order makan dalam RM80+ gitu. bayar RM100.
"Keep the change.", aaa melompat la staff suka-suki dapat free tip gitu. pandai kome la bahagi2 sesama korang.

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057910 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top