CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Membenci Binatang, Bukan Tiket Menyeksa & Menzaliminya!

24-8-2015 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10062| Komen: 31

Oleh Adib Za

Dalam masa beberapa hari ini sahaja, kisah kezaliman terhadap haiwan menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial.


Kisah bagaimana seekor kucing yang dicungkil mata hidup-hidup sangat menyayat hati dan mencetuskan kemarahan di kalangan peminat haiwan berkenaan. 

"Allahuakbar... Doakan meow ni ... Dia dah buta orang cungkil mata dia... Layak ke manusia itu menjadi manusia.. Semoga mendapat hidayah segera..." begitulah antara luahan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia.


(Sumber foto: Sinarharian)


Bukan itu sahaja, haiwan comel itu juga dipercayai diseksa apabila giginya turut dicabut. Bayangkan kesakitan yang dirasai oleh makhluk kecil ini.

Sebelumnya, kisah bagaimana seekor beruk tercedera parah bahagian tangan apabila di dilontar mercun ke arahnya.

Menyangka ia merupakan makanan, beruk yang dikenali sebagai Michai itu mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya.

(Sumber foto: siakapkeli)


Kedua cerita ini sahaja sudah cukup menggambarkan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap haiwan. Ini belum termasuk kisah-kisah bagaimana kepala kucing dijumpai bergelimpangan di tepi longkang tanpa badannya.

Di kala tertubuhnya persatuan ini dan itu yang mengangkat martabat dan menyayangi haiwan, masih banyak lagi kes yang dilihat cuba untuk menzalimi haiwan-haiwan ini.

Bahkan menurut sejarah dalam Islam sendiri, Nabi Muhammad merupakan seorang pencinta kucing dan sangat menyayangi kucing.

Mariah Carey merupakan salah seorang pencinta haiwan. (Sumber foto: Dembabies.com)


Oleh itu, di mana silapnya? Penulis tidak dapat menerima pandangan "Saya membenci binatang" kerana ia sama sahaja dengan kenyataan anda membenci kanak-kanak kecil atau membenci warga emas! Mengapa? Ini kerana mereka ini juga makhluk yang sama-sama mendiami bumi dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Pernahkah anda mendengar kisah seorang pelacur yang masuk syurga dek kerana memberi seekor anjing minum? Kisah menyeksa binatang ini sebenarnya sama sahaja dengan "menempah tiket ke neraka."

Mungkin mereka ini sudah terlalu banyak amalan, mungkin. 


*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.


15

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 24-8-2015 01:11 PM
aku geram tui hat baling mercun kat beruk tu..
Quote aduh2sayang 24-8-2015 01:19 PM
memang gila siapa aniaya binatang. moga duduk neraka paling bawah nanti...
Quote bianglala 24-8-2015 01:22 PM
hati keringnya laaa orang yang dok cungkil mata kucing tu...

Quote krustykrab 24-8-2015 01:39 PM
Tergamaknya pi cungkil mata n gigi kucing tu....harap hamjadsh ni sblm sampai ajal hidup tersiksa mcm kucing ni
Quote susahsenYum 24-8-2015 02:37 PM
Ade video pasal beruk yg kene mercu tu...dari bahasa yg diorg ckp aku syak bangla atau nepal yg buat kerja tu....
Quote ad_hoc79 24-8-2015 02:47 PM
zalim. entah apa yg ada dlm kepala otak diorg nih
Quote hanamunir 24-8-2015 03:05 PM
kejammm laaaaa..
bodoh tak boleh nak diajar..
korek biji mata sendiri la kalau da gian sangat..
Quote missDollie 24-8-2015 03:10 PM
sakit otak sapa yang zalim dengan binatang..boleh je baca kat sini ada juga forumers yang biol seronok zalimi haiwan..aku dapat rasa hidup diorang sebenarnya memang menyedihkan..takde sapa nak kawan so lepaskan kat binatang..
Quote chinta89 24-8-2015 03:14 PM
tak suka binatang tu tak bermakna kita boleh dera binatang tu. keji!
Quote callance 24-8-2015 03:20 PM
bodohnye la manusia yg seksa binatang. klau tak suka binatang, jgn la mai dekat ngan binatang.
Quote nist02 24-8-2015 03:24 PM
Tak suka ... tak paksa pun untuk suka.. apa hal nak kena buat cengitu ... ishh x pahammm
Quote cHimo 24-8-2015 03:29 PM
Jahanamnya sial ada kaa patut korek mata kucing? Harap2 mampus cepat sapa yang buat bgitu.. :
Quote seramado 25-8-2015 09:29 AM
kpd manusia zalim itu, semoga masuk neraka jahanam..
Quote mayaBB 25-8-2015 11:51 AM
eeeee bodohnyeeee sape buat mcm ni dekat kucing and kera maya ni.... semoga Allah membalas... eeeeeee sakit hati tengok
Quote clarizsa 25-8-2015 11:07 PM
Hamjad2 tu sama jahat dgn yg suka baling mercun kt kanak2 dsb..
jahat sgguh...
Quote mbhcsf 26-8-2015 01:54 AM
i hmm..i tak sampai hati tengok gambar di atas..sedih laa....it's horrible. atrociously insane.
Quote comel91 26-8-2015 06:36 PM
comel rase nak balik mercun bom dekat dorang2 yang cacat akal ni.. ape eh dosa dorang ni... tolonglaaa
Quote sabbath_shalom 26-8-2015 08:05 PM
Edited by sabbath_shalom at 26-8-2015 08:10 PM

Aku prefer guna repellent... Sekarang ni aku buat research pasal repellent untuk babi hutan/boar dan juga babi biasa/pig....terbukti berkesan.

Siapa nak repellent untuk babi...boleh pm aku.
Quote sabbath_shalom 26-8-2015 08:08 PM
Dari trial yg aku buat setakat ni repellent untuk babi hutan ni memang berkesan.

Siapa yg ada masalah serangan babi hutan...tapi xmo bunuh...cuma nak halau...boleh guna repellent ni...

Aku jual 1 biji RM2..minimum order 20 biji...

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.093717 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top