CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6190|Reply: 31

Membenci Binatang, Bukan Tiket Menyeksa & Menzaliminya!

[Copy link]
Post time 24-8-2015 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Dalam masa beberapa hari ini sahaja, kisah kezaliman terhadap haiwan menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial.


Kisah bagaimana seekor kucing yang dicungkil mata hidup-hidup sangat menyayat hati dan mencetuskan kemarahan di kalangan peminat haiwan berkenaan.


"Allahuakbar... Doakan meow ni ... Dia dah buta orang cungkil mata dia... Layak ke manusia itu menjadi manusia.. Semoga mendapat hidayah segera..." begitulah antara luahan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia.



(Sumber foto: Sinarharian)



Bukan itu sahaja, haiwan comel itu juga dipercayai diseksa apabila giginya turut dicabut. Bayangkan kesakitan yang dirasai oleh makhluk kecil ini.


Sebelumnya, kisah bagaimana seekor beruk tercedera parah bahagian tangan apabila di dilontar mercun ke arahnya.


Menyangka ia merupakan makanan, beruk yang dikenali sebagai Michai itu mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya.



(Sumber foto: siakapkeli)



Kedua cerita ini sahaja sudah cukup menggambarkan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan terhadap haiwan. Ini belum termasuk kisah-kisah bagaimana kepala kucing dijumpai bergelimpangan di tepi longkang tanpa badannya.


Di kala tertubuhnya persatuan ini dan itu yang mengangkat martabat dan menyayangi haiwan, masih banyak lagi kes yang dilihat cuba untuk menzalimi haiwan-haiwan ini.


Bahkan menurut sejarah dalam Islam sendiri, Nabi Muhammad merupakan seorang pencinta kucing dan sangat menyayangi kucing.



(Sumber foto: Dembabies.com)



Oleh itu, di mana silapnya? Penulis tidak dapat menerima pandangan "Saya membenci binatang" kerana ia sama sahaja dengan kenyataan anda membenci kanak-kanak kecil atau membenci warga emas! Mengapa? Ini kerana mereka ini juga makhluk yang sama-sama mendiami bumi dan saling memerlukan antara satu sama lain.


Pernahkah anda mendengar kisah seorang pelacur yang masuk syurga dek kerana memberi seekor anjing minum? Kisah menyeksa binatang ini sebenarnya sama sahaja dengan "menempah tiket ke neraka."


Mungkin mereka ini sudah terlalu banyak amalan, mungkin.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 01:11 PM | Show all posts
aku geram tui hat baling mercun kat beruk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:19 PM | Show all posts
memang gila siapa aniaya binatang. moga duduk neraka paling bawah nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:22 PM | Show all posts
hati keringnya laaa orang yang dok cungkil mata kucing tu...

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tergamaknya pi cungkil mata n gigi kucing tu....harap hamjadsh ni sblm sampai ajal hidup tersiksa mcm kucing ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ade video pasal beruk yg kene mercu tu...dari bahasa yg diorg ckp aku syak bangla atau nepal yg buat kerja tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2015 02:47 PM | Show all posts
zalim. entah apa yg ada dlm kepala otak diorg nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 03:05 PM | Show all posts
kejammm laaaaa..
bodoh tak boleh nak diajar..
korek biji mata sendiri la kalau da gian sangat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2015 03:10 PM | Show all posts
sakit otak sapa yang zalim dengan binatang..boleh je baca kat sini ada juga forumers yang biol seronok zalimi haiwan..aku dapat rasa hidup diorang sebenarnya memang menyedihkan..takde sapa nak kawan so lepaskan kat binatang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 03:14 PM | Show all posts
tak suka binatang tu tak bermakna kita boleh dera binatang tu. keji!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 03:20 PM | Show all posts
bodohnye la manusia yg seksa binatang. klau tak suka binatang, jgn la mai dekat ngan binatang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 03:24 PM | Show all posts
Tak suka ... tak paksa pun untuk suka.. apa hal nak kena buat cengitu ... ishh x pahammm
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahanamnya sial ada kaa patut korek mata kucing? Harap2 mampus cepat sapa yang buat bgitu.. :
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 09:29 AM | Show all posts
kpd manusia zalim itu, semoga masuk neraka jahanam..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:51 AM | Show all posts
eeeee bodohnyeeee sape buat mcm ni dekat kucing and kera maya ni.... semoga Allah membalas... eeeeeee sakit hati tengok
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2015 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hamjad2 tu sama jahat dgn yg suka baling mercun kt kanak2 dsb..
jahat sgguh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2015 01:54 AM | Show all posts
i hmm..i tak sampai hati tengok gambar di atas..sedih laa....it's horrible. atrociously insane.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 06:36 PM | Show all posts
comel rase nak balik mercun bom dekat dorang2 yang cacat akal ni.. ape eh dosa dorang ni... tolonglaaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sabbath_shalom at 26-8-2015 08:10 PM

Aku prefer guna repellent... Sekarang ni aku buat research pasal repellent untuk babi hutan/boar dan juga babi biasa/pig....terbukti berkesan.

Siapa nak repellent untuk babi...boleh pm aku.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2015 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari trial yg aku buat setakat ni repellent untuk babi hutan ni memang berkesan.

Siapa yg ada masalah serangan babi hutan...tapi xmo bunuh...cuma nak halau...boleh guna repellent ni...

Aku jual 1 biji RM2..minimum order 20 biji...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.173328 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list