CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Bising Susah Sangat Nak Dapat Telur Di Johor

29-9-2022 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1282| Komen: 9

Johor Bahru: Kekurangan bekalan telur di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini serta di Kota Tinggi semakin ketara sejak tempoh dua hingga tiga hari kebelakangan ini hingga membimbangkan orang ramai.


Seorang peniaga kek, Azman Azis, 45, berkata bekalan telur semakin sukar diperoleh termasuk di kawasan Plentong di Masai, Taman Gembira di Tampoi dan Uda Utama di Skudai di sini.

Malah beberapa rakan niaganya juga mengeluh kerana berdepan masalah sama di Kota Tinggi di sini sejak beberapa hari lalu.




Katanya, bukan saja di kedai runcit, bekalan telur juga terhad di pasar raya mahupun pasar sekitar bandar raya ini.


"Ada yang mengehadkan satu papan bagi setiap pelanggan hingga kami sukar bagi memenuhi tempahan kek kerana ia antara bahan utama produk kami.

"Diharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau masalah ini dan mengambil tindakan sesuai.

"Pengguna serta peniaga seperti kami menjadi mangsa kerana permasalahan ini kerap berulang dan diharap ia tidak berkekalan seperti sebelum ini," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga pasar tani Permas Jaya, Zainab Reduan, 63, berkata dia juga tidak dapat menampung permintaan pelanggannya kerana sukar mendapatkan bekalan telur yang mencukupi.

Menurutnya, ada segelintir pembekal mengehadkan jualan telur ayam sebanyak 10 papan bagi setiap peniaga manakala ada yang memberi alasan stok dimiliki sudah ditempah pelanggan tetap.

Katanya, dia mendapati bekalan telur gred A, B dan C amat terhad berbanding telur kampung selain gred D dan E.

"Sejak dua hingga tiga hari lalu, saya hanya memiliki bekalan telur gred D selain telur kampung.

"Malah saya juga ke Masai, Pasir Gudang bagi membeli telur untuk dijadikan sebagai stok selama sehari kerana setiap hari saya jualan telur ayam mencecah 40 hingga 50 papan.

"Malangnya bekalan telur di Masai juga terhad dan ia bukan saja menimbulkan kesulitan kepada peniaga seperti saya malah pengusaha bakeri, pengusaha restoran, pengusaha kantin dan gerai makan, penjual makanan serta penduduk sekitar," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, bekalan telur di bandar raya ini agak berkurangan berikutan permintaan yang tinggi daripada sebilangan pengusaha dan peniaga makanan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan KPDNHEP mendapati penghantaran daripada pembekal serta pemborong telur adalah seperti biasa dan tidak berdepan sebarang masalah.

"Permintaan meningkat mendadak dan KPDNHEP akan terus memantau daripada segi pengeluaran mahupun bekalan telur," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 29-9-2022 05:57 PM
Dah jadi negara sendirik,pandai2 la setel masalah..
Quote nurshima 29-9-2022 06:10 PM
Khabarnya ayam telur terkena penyakit hawar ayam,  selain kurang bekalan,  berhati2 makan telur sbb virus boleh berpindah ke manusia,  sebaiknya jangan makan telur mentah.
Quote zarulnazmi 29-9-2022 09:07 PM
aku ni tengah pening kenapa susah sangat nak dapat panadol dekat area tempat aku. semua kedai, pasar raya, 7E, shopping complex langsung takde panadol.
Quote glump 29-9-2022 09:19 PM
Tul ..nak dapt telur sepapan payah jumpa.kat kat supermarket tu..yg pek 10 biji tu jenuh berebut dengan peniaga.. stock sikit je..jenuh berkira nka buat kek ke lauk telur
Quote ninja boy 29-9-2022 11:17 PM
Production dah slow, belilah brg sblm kilang katup
Quote Perawankota 30-9-2022 05:37 AM
zarulnazmi: aku ni tengah pening kenapa su ...


Panadol klu yg 500mg memang susah nak dpt skarang, yang byk 650mg..merata dah carik
Quote kelana36 30-9-2022 07:17 AM
kami di langkawi dah lama dah dapat makan telur jarang jarang...
Quote diss69 30-9-2022 07:22 AM
Kat dungun pon sama...kalau ada telur smpai sekejap je dh abis...rasa dh berbulan mcm ni..kejap ada kejap xada..
Quote shernazz 30-9-2022 07:25 AM
Hari tu iols.balik.klinik.lalu kat kedai jual telur neh
Tak bukak ooo..
Depan grill tulis telur takda stok...
Huhu...sadis oii sebab kedai dia mmg jual telur saja..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.033332 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top