CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Berputih Mata Jongkong Emas RM10K 'Hilang' Dalam Simpanan Kurier

29-9-2022 09:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1414| Komen: 11|Original author: Tatod

Description: Impian seorang lelaki untuk memiliki bar jongkong emas yang dibeli melalui sebuah laman web musnah apabila emas bernilai lebih RM10,000 didapati 'ghaib' ketika berada di sebuah syarikat penghantaran.
Gambar hiasan. SUMBER Google.


Impian seorang lelaki untuk memiliki bar jongkong emas yang dibeli melalui sebuah laman web musnah apabila emas bernilai lebih RM10,000 didapati 'ghaib' ketika berada di sebuah syarikat penghantaran.

Harian Metro melaporkan, mangsa yang berusia 33 tahun dan bekerja sebagai juruteknik membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu Ahad lalu kerana curiga dan mengesyaki ia dicuri ketika dalam simpanan di premis terbabit.

Menurut sumber, mangsa yang menetap di Pulau Pinang memaklumkan dia pada mulanya melayari laman web sebuah syarikat untuk membuat pembelian emas ketika berada di rumahnya pada 8 Ogos lalu.

"Mangsa kemudian mendakwa dia berurusan dengan kakitangan wanita syarikat terbabit sebelum bersetuju membeli barn emas seberat 40 gram berharga RM10,570.

"Selepas segala proses selesai, mangsa membuat pembayaran keesokan harinya melalui transaksi ke akaun bank yang didaftar atas nama sebuah syarikat," katanya.

Sumber juga menceritakan kakitangan wanita syarikat terbabit yang berurusan dengan mangsa sepanjang proses pembelian itu kemudian memberikan 'tracking number' untuk memudahkan lelaki itu membuat semakan ketika kepingan emas itu dihantar melalui kiriman kurier.

"Mangsa membuat semakan pada 13 Ogos lalu dan mendapati barang dibelinya sudah tiba di pejabat syarikat penghantaran terbabit.

"Bagaimanapun, dia yang mahu mengambil barang dibelinya dimaklumkan yang ia tiada dalam simpanan di situ membuatkan mangsa tidak berpuashati dengan kejadian itu," katanya.

Mangsa memberi peluang kepada kakitangan syarikat penghantaran terbabit untuk mencari barang miliknya itu namun dia kecewa apabila menerima jawapan sama daripada pekerja yang memaklumkan ia tiada dalam simpanan mereka dan gagal ditemui.

"Selepas lebih sebulan bersabar mangsa akhirnya membuat satu laporan polis kerana mengesyaki barang miliknya itu kemungkinan dicuri," kata sumber.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babynina30 29-9-2022 11:31 PM
Awat beli gold bar online cheq oi?
Habib dok juai bar jugak
Ni pos2. Betoi ka mmg co tu pos ?
Quote mojarean_X 29-9-2022 11:35 PM
Iols baru ingat nk beli kijang emas
Quote Mopiko 29-9-2022 11:38 PM
i pernah je beli gelang ribu2 kat shopee..alhamdulillah elok je sampai
Quote LadyCarefree 29-9-2022 11:59 PM
Adan uke.
Quote Perawankota 30-9-2022 05:19 AM
Gila beli online..
Quote Hizert 30-9-2022 09:57 AM
Ramai je agen yg jual boleh COD terus. Even if beli dgn shopee pon lagi selamat sebab payment tak release selagi kita tak sah terima.
Quote DayangKirana 30-9-2022 10:03 AM
iols skeptikal..betul ka diorang mmg post emas tu?
but then again, RM10k nye worth of item, too risky nk guna courier..
kalau hilang, berapa je yg dia insured.
Quote prettyuglybabe 30-9-2022 10:12 AM
dia dok ceruk hutan ke tak ada kedai emas boleh beli terus?
Quote Mina2215 30-9-2022 11:52 AM
Aku beli gelang belas ribu aritu cuak la jugak. Tapi aku redha kalau hilang, anggap bukan rezeki. Nasib baik sampai walaupun hampir 13 hari stranded

Seller tu takkan letak alamat kedai emas kat sampul tu jadi selamat la sket
Quote Mina2215 30-9-2022 11:58 AM
Beli online senang sebab takyah gi kedai. Cuma risk ilang jela kena hadap
Quote dua_chzy 30-9-2022 12:02 PM
Memang ada pencurik pun yang kerja di company kurier tu. Takat mekap Sephora pun nak dicuriknya, choiiiii

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.047710 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top