Video memperlihatkan pelakon Shaza Bae berkerusi roda ketika hadir ke set penggambaran sebuah drama mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminatnya.
Berkongsi mengenai di sebalik rakaman itu, Shaza atau Shaza Nuriman Muhamad Zamri, 27, berkata, dia terpaksa menggunakan kerusi roda selepas diserang penyakit migrain yang teruk. Dedah juara Dewi Remaja 2019/2020 ini, dia memang mempunyai sejarah penyakit migrain dan vertigo sejak remaja sehinggakan adakalanya ia berlarutan selama berhari-hari. "Sejak dua tiga hari ini, memang saya migrain agak teruk.
"Sebenarnya memang sejak remaja lagi saya ada masalah migrain dan vertigo. Biasanya apa yang saya buat untuk lega adalah makan pil tahan sakit," katanya kepada mStar. Bercakap lanjut mengenai penyakit itu, Shaza berkata, dia sendiri tidak tahu punca dia kerap diserang migrain meskipun sentiasa menjaga kesihatan dengan baik. Bagaimanapun pelakon itu tidak menolak pemakanan atau tekanan kerja menjadi punca kepada serangan itu.
|
Fatinzameri replied at 29-9-2022 12:49 PM
I pon ada vertigo.
Rachel_Green replied at 29-9-2022 03:47 PM
sama dgn iolls..iolls paling takut bila vertigo tetiba datang..lagi2 kalau time nak bagi training ...
Fatinzameri replied at 29-9-2022 06:12 PM
Kannn.. die macam kte duduk tegak je tp kte rasa seolah bdn kte berpusing2
ADVERTISEMENT