CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Berbogel Hadiri Perbicaraan

29-9-2022 11:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1399| Komen: 10

Seorang lelaki dilarang memasuki kamar sebuah mahkamah di Valencia, Sepanyol untuk menghadiri perbicaraan kerana dia hadir berbogel, lapor portal berita MailOnline kelmarin.


Alejandro Colomar, 29, dipintas oleh anggota polis di luar mahkamah kelmarin kerana hanya memakai stoking serta sepasang kasut but selain sebuah beg galas.


Colomar akhirnya dibenarkan memasuki mahkamah selepas dia memakai pakaian lengkap. – El Diario

“Saya memang ingin masuk ke mahkamah dalam keadaan berbogel,” katanya kepada pemberita seperti dipetik akhbar El Diario.

Lelaki  yang bekerja untuk sebuah syarikat perisian berpangkalan di Amerika Syarikat itu dilaporkan berulang kali  didenda kerana enggan memakai pakaian di tempat awam.

“Saya memang begini. Saya gemar berbogel ketika pergi ke pantai sejak kecil dan tidak mempunyai masalah untuk berbogel,” kata Colomar.

Tambahnya, dia juga telah membuat beberapa pencarian internet dan mendapati bahawa tiada masalah sekiranya seseorang itu mahu berbogel di tempat awam.

“Ia dibenarkan di sisi undang-undang, jadi saya pun mula berbogel. Mereka (pihak berkuasa) mendenda saya kerana polis tidak tahu undang-undang itu,” ujarnya.

Colomar didenda hampir AS$2,900 (RM13,393) kerana melanggar artikel 37 undang-undang maksiat yang mengharamkan aktiviti bogel melampau, kata peguamnya, Pablo Mora.

Lelaki itu akhirnya dibenarkan memasuki mahkamah selepas dia memakai pakaian lengkap. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 29-9-2022 11:26 AM
yg kuban2 jek
Quote azie5zoe 29-9-2022 11:37 AM
Bangga sangat dengan loceng ko tu. Ingat orang lain takde.
Quote R2D2 29-9-2022 11:40 AM
kan dia ckp dia suka berbogel
biarkan la
tak perlu dh sediakan baju/seluar Oren
Quote Kurex 29-9-2022 11:42 AM
Takde gambar yg clear ke? Nak buat kajian terperinci
Quote Kurex 29-9-2022 11:43 AM
Kau pakai je la baju tu seluar kalau gini fizikal kau
Quote cupu 29-9-2022 12:15 PM
Pelik pelik..kalau jatuh dh luka lutut tu.pakaian ni protection juga.
Quote tripleid 29-9-2022 12:54 PM
cinonet jah rupanya..ingatkan nala sgt gigih nak menunjuk
Quote tikusmontok 29-9-2022 01:58 PM
Tak rengsa ke terkibai2 ke kiri ke kanan?
Quote Decaffeinated 29-9-2022 02:14 PM
Kurex replied at 29-9-2022 11:43 AM
Kau pakai je la baju tu seluar kalau gini fizikal kau

Dia ni tak sejuk ka. Tengok orang sekeliling tu kemain berbungkus

Quote supernaturalee 29-9-2022 02:39 PM
lebih tertarik dgn polis2 tu
padat, sendat, melekat


Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.265644 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top