CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjawat Awam Sri Lanka Dilarang Komen Di Media Sosial

29-9-2022 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 610| Komen: 1

Description: Sri Lanka mengarahkan penjawat awam supaya tidak mengeluarkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa pegawai mendakwa pelajar sekolah pengsan akibat kekurangan makanan akibat krisis ekonomi ...
Sri Lanka mengarahkan penjawat awam supaya tidak mengeluarkan pendapat mereka di media sosial selepas beberapa pegawai mendakwa pelajar sekolah pengsan akibat kekurangan makanan akibat krisis ekonomi terburuk yang melanda negara itu.


Kementerian Pentadbiran Awam dan Pengurusan berkata, larangan bercakap kepada pemberita sudah lama berkuat kuasa dan terbaharu, arahan membuat hantaran di media sosial dikeluarkan kepada 1.5 juta kakitangan kerajaan.


Khaleej Times

"Menyuarakan pendapat di media sosial oleh penjawat awam dianggap satu kesalahan yang membawa kepada tindakan tatatertib," menurut arahan itu.


Larangan berkenaan dikeluarkan susulan dakwaan pegawai kesihatan wilayah dan guru bahawa puluhan pelajar pengsan di sekolah kerana kekurangan makanan.

Sejak penghujung tahun lalu, Sri Lanka berdepan krisis ekonomi terburuk selepas kerajaan kehabisan dolar untuk mengimport pelbagai barangan keperluan.

Situasi itu mengakibatkan negara berdepan kekurangan bekalan keperluan dalam skala besar dan kadar inflasi tertinggi di belakang Zimbabwe serta protes yang membawa kepada pengunduran presidennya, Gotabaya Rajapaksa pada Julai lalu.

Menteri Kesihatan, Keheliya Rambukwella menolak dakwaan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak.

Beliau menuduh pekerja kesihatan awam mempunyai agenda 'bermotifkan politik' dan sengaja memperbesarkan isu berkenaan.

Bagaimanapun, Program Makanan Sedunia dalam laporan terbarunya berkata, enam juta rakyat Sri Lanka iaitu hampir satu pertiga daripada penduduk negara kepulauan itu 'berdepan isu keselamatan makanan dan memerlukan bantuan kemanusiaan'.

Dalam perkembangan berkaitan, pengganti Rajapaksa, Ranil Wickremesinghe menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan antikerajaan dan mengharamkan demonstrasi di kebanyakan ibu kota.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 29-9-2022 02:36 PM
Ticer cezy tersenyum sinis sambil main porum.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.050185 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top