TENOM: Perbicaraan hari ketiga kes gangguan seksual membabitkan pendakwah, Ebit Lew di Mahkamah Tenom pagi ini diteruskan dengan keterangan saksi pertama pendakwaan yang juga pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu.
Semalam, perbicaraan mendengar keterangan Mohd Fairuz sebelum perbincaraan ditangguhkan jam 4.30 petang. Mengenakan baju warna biru muda dan berkopiah putih, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dengan menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam.
Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri dan Nur Masrin Amalia. Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021. Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. -CARI Sumber: Berita Harian |
ADVERTISEMENT