Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki menggigit tangan seorang lelaki yang cuba menutup mulutnya semasa dia pulang dari sekolah di Rawang, petang kelmarin.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman (SK) Tun Teja, Rawang, itu dilaporkan didekati lelaki berkenaan semasa dia keluar dari sekolah. Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, kanak-kanak terbabit hendak membeli aiskrim berhampiran sekolahnya namun secara tiba-tiba tangannya dipegang oleh seorang lelaki tidak dikenali. Ibunya dalam laporan polis yang dibuat sehari kemudian menyatakan bahawa lelaki itu cuba menutup mulut anaknya, anaknya yang kemudian menggigit tangan lelaki terbabit.
Dalam laporan itu juga dikatakan lelaki itu kemudian melarikan diri menaiki sebuah van berwarna putih. Difahamkan semasa kejadian berlaku tiada seorang pun saksi yang berada di kawasan berhampiran. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan. Beliau berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat hari ini berhubung siasatan terperinci kes berkenaan. Beliau turut meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang dilaporkan sehingga siasatan selesai dilakukan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
eyansss replied at 28-9-2022 06:30 PM
pastu nanti keluar statement kata tak betul…
Suchi replied at 28-9-2022 07:52 PM
Kan.. arini sekolah anak iols pun dh kuarkan memo pasal isu penculikan nih.
So nak kata tipu ke a ...
sharlenetexas replied at 28-9-2022 07:56 PM
Satu lagi mulakan memo jgn guna perkataan sukacita.
Cyempaka replied at 28-9-2022 09:34 PM
Aku harap budak xbuat cite la. Lelaki india, van putih.. Mcm jalan cerita biasa sgt.
5.50pm tu wakt ...
ADVERTISEMENT