View: 1781|Reply: 14
|
Lagi Cubaan Menculik? Lelaki Pakai Van Putih Cuba Tutup Mulut Budak Lelaki Semasa Pulang Dari Sekolah Di Rawang
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki menggigit tangan seorang lelaki yang cuba menutup mulutnya semasa dia pulang dari sekolah di Rawang, petang kelmarin.
Pelajar Sekolah Kebangsaan Taman (SK) Tun Teja, Rawang, itu dilaporkan didekati lelaki berkenaan semasa dia keluar dari sekolah.
Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, kanak-kanak terbabit hendak membeli aiskrim berhampiran sekolahnya namun secara tiba-tiba tangannya dipegang oleh seorang lelaki tidak dikenali.
 Gambar Hiasan
Ibunya dalam laporan polis yang dibuat sehari kemudian menyatakan bahawa lelaki itu cuba menutup mulut anaknya, anaknya yang kemudian menggigit tangan lelaki terbabit.
Dalam laporan itu juga dikatakan lelaki itu kemudian melarikan diri menaiki sebuah van berwarna putih.
Difahamkan semasa kejadian berlaku tiada seorang pun saksi yang berada di kawasan berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan.
Beliau berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat hari ini berhubung siasatan terperinci kes berkenaan.
Beliau turut meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang dilaporkan sehingga siasatan selesai dilakukan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
pastu nanti keluar statement kata tak betul… |
|
|
|
|
|
|
|
Kannn...menda mcm ni pun boleh buat main2.... |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 28-9-2022 06:30 PM
pastu nanti keluar statement kata tak betul…
Kan.. arini sekolah anak iols pun dh kuarkan memo pasal isu penculikan nih.
So nak kata tipu ke apa? Semua mak pak risau, sekolah pun bitau keselamatan murid di luar waktu sekolah tu bukan tanggungjawab dorang.
Polis buat apa je utk tangani kes ni? Apa kata letak wakil kat depan sekolah ke apa.
Budak2 biasanya takut ngn polis so dorang nk kuar merayau sementara tunggu penjaga dtg amik tu pun tak berani.
Asik duk nafikan jer nak tunggu sampai anak depa kena culik baru pakat nak gelabah dan buat sesuatu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 28-9-2022 07:52 PM
Kan.. arini sekolah anak iols pun dh kuarkan memo pasal isu penculikan nih.
So nak kata tipu ke a ...
Satu lagi mulakan memo jgn guna perkataan sukacita.
|
|
|
|
|
|
|
|
kebelakangan ni banyak kes cubaan menculik budak2 sekolah yg aku ada baca. Merata negeri ada kes. Dalam 1 daerah ada beberapa buah sekolah + balai polis. Tolonglah hantar 1-2 orang anggota polis utk setiap waktu pelajar keluar sekolah. Tiap hari lepas anak2 selamat sampai ke rumah Ya Allah lega & tenteram betul rasa hati ni |
|
|
|
|
|
|
|
sejak zmn dlu, smua kenderaan penculik warna putih aja
pening aku |
|
|
|
|
|
|
|
Aku harap budak xbuat cite la. Lelaki india, van putih.. Mcm jalan cerita biasa sgt.
5.50pm tu waktu budak nak keluar. Waktu tu acik2 van sek berlambak berlonggok dpn tu.
Dah tu katanya nak p beli aiskrim. Sek tu xde kedai dekat2.. Kalo beli aiskrim cuma dari pakcik motor. Pakcik tu pun xnampak ke.. Aneh jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa penculik mesti pakai van putih? |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 28-9-2022 07:56 PM
Satu lagi mulakan memo jgn guna perkataan sukacita.
Hat ni tulis “dimaklumkan..”
|
|
|
|
|
|
|
|
Cyempaka replied at 28-9-2022 09:34 PM
Aku harap budak xbuat cite la. Lelaki india, van putih.. Mcm jalan cerita biasa sgt.
5.50pm tu wakt ...
Tp tak semua van sekolah sampai awal sblm budak kuar.
Sbb van biasanya byk buat trip, kat tmpt iols sek kafa balik jam 5.45, jd dorang akan g amik budak kafa dulu dan hantar pastu dtg blk kt sek kebangsaan tu jd budak2 yg dh kuar tu kena tu tunggu jela dulu kat sek.
Kalau duk tunggu dendiam ramai2 tu ok je masalahnya budak ni pi ke sana sini tu yg bahaya. Tp maybe pak gad skrg akan jaga beria skitlaa.
Cikgu dah tak jaga bebudak ni sejak dah endemik.
Nih biasanya hari jemaat laa sbb hampir semua balik serentak beza 5-10 minit jer.
Nk plak sekolah keb sebelah sekolah menengah. Acik van biasanya yg sama je utk kedua2 sekolah nih. Van sekolah pun tak byk sejak pandemik satu acik van kadang cover 3-4 trip.
Takat ni hat kuar berita ni kebanyakkan bebudak yg jln kaki dan naik beskal.
Harap depa tak mereka2 cerita sbb alasan tak pi sekolah dahla.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi dan lagi dan lagi
then pdrm cakap tak betul, budak buat cerita, salah faham yadayada
in the same time mpv & urb dah start meronda kawasan sekolah
so?
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon polis buat pemantauan lebih kerap di kawasan sekolah terutamnya waktu pergi dan pulang murid2. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap hari tu pun ada satu kes budak buat report kata hampir kena culik.
Rupanya budak tu reka citer sbb tgk movie.
Pesan pada anak setiap hari tunggu dalam pagar sekolah.
Dan ibubapa bole berbincang semula dengan pihak sekolah tindakan mana yang sesuai demi keselamatan anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 cikgu kena pesan. Jgn main kon la, jgn layan org tak kenal la. |
|
|
|
|
|
|
| |
|