CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Tua Berjubah Dan Berpurdah Cuba Bunuh Diri Terjun Jambatan Di Kelantan

28-9-2022 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1854| Komen: 8

Description: KOTA BHARU – Seorang wanita yang memakai jubah dan berpurdah membatalkan niatnya untuk cuba terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini selepas dipujuk oleh orang awam.
KOTA BHARU – Seorang wanita yang memakai jubah dan berpurdah membatalkan niatnya untuk cuba terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini hari ini selepas dipujuk oleh orang awam.


Wanita berusia 54 tahun berasal dari Pengkalan Chepa di sini dipercayai cuba untuk memanjat tembok jambatan itu kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi sebelum diselamatkan oleh pengguna jalan raya.

Saksi kejadian, Suhaila Zakaria, 28, berkata, ketika itu, dia melalui jambatan itu dengan menunggang motosikal sebelum melihat beberapa orang lelaki menahan dan memegang wanita tersebut yang sedang menangis.


Foto: FB Hello Kelantan

Menurutnya, dia terus memberhentikan motosikalnya sebelum bergegas memeluk wanita terbabit sambil menyuruhnya mengucap dan bersabar.

“Semasa memeluknya, saya sempat bertanya apa yang membuatkan dia mahu terjun dari jambatan itu, namun wanita itu hanya menangis dan mengatakan dirinya jahat.

“Semasa memujuknya, saya sempat menasihatkan wanita itu agar berfikiran waras meskipun mempunyai masalah besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Suhaila, selepas 15 minit dipujuk, kenderaan polis yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan berhenti lalu mengambil wanita itu.

Katanya, pada masa sama, jentera bomba turut sampai di lokasi kejadian, namun wanita itu sudah dibawa anggota polis. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 28-9-2022 06:32 PM
ko mintak orang yang tengah depressed n stress berfikiran waras?  adeh la hai…  cukup sekadar tenangkan dia tanpa keluarkan apa2 ayat yang memperlekehkan dia sementara tunggu polis bawa ke hospital untuk dapatkan bantuan professional…
Quote AKAZ85 28-9-2022 08:33 PM
Tak kena boleh laa kata suruh berfikiran waras.. Tau ke apa masalah makcik tu sampai depress nak bunuh diri jadinya? Tak duduk dalam tempat orang tu senang laa cakap
Quote delia3003 28-9-2022 08:48 PM
Umur 54 tahun, apa agaknye masalah akak ni sampai terdesak macam tu sekali. Nasib baik sempat diselamatkan. Harap dapat kaunseling dan sokongan moral terutama daripada ahli keluarga (kalau ada)
Quote zjen 28-9-2022 09:55 PM
kalu kene penyakit anxiety akan takut tanpa sebab,    tak kira org tu kaya ke miskin,  cantik ke hodoh,  pon akan rasa nak bunuh diri .... yg paling kesian,  xde ahli keluarga dah kawan tahu cara nak tenangkan,  nak cari doktor yg pandai tenangkan pon susah,  agama dan bomoh lagi sial,   suka kasi ayat yg hina,  cakap org tu berdosa,  kene cash dr syaitan
Quote sharlenetexas 28-9-2022 09:58 PM
Port bunuh diri kat kelantan.


Quote edayildiz 28-9-2022 10:05 PM
nsb baikk..
ramai bethol depressi skrg..
btw last month i sedih sgt tau..nangis berhati hari jgk..sedih giler khinzir sbb skt hati..
pastu masa sedih takde la nk terjun ke apa tp terfikir jua la mls nk hidup sbb rasa mcm hati berkecai teruk..pastu i bwk diri pergi lgk 5 hari..balikk dh xsedihh..
semoga akk ni kembali bahagia
i
Quote Nnasda53 29-9-2022 10:25 AM
Semoga makcik ni di berikan kekuatan menghadapi ujian.
Selalunya kalau orang yg depress ni kita peluk dan biarkan je dia menangis sepuas2nya.
Tak perlu berkata apa2.
Quote eragon 29-9-2022 12:40 PM
Tajuk tu tulis wanita tua. 54 belum tua la. belum warga emas.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.043575 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top