CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Jatuh Sakit Lepas Jumpa Ekor Cicak Dalam Kari

28-9-2022 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 874| Komen: 3

Seorang lelaki jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selepas menemui ekor cicak dalam karinya ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Insiden itu berlaku di sebuah lokasi yang tidak dinamakan di daerah Kanpur, Uttar Pradesh, di utara India pada Jumaat, lapor Mirror.


Jam Press Vid

Menurut laporan tempatan, pelanggan yang dikenali sebagai Jang Bahadur Singh singgah di restoran berkenaan ketika dalam perjalanan bersama seorang rakannya, Abhishek Dwivedi.

Dia kemudian memesan kari yang diperbuat daripada kacang dan nasi.


Namun lelaki itu terkejut saat melihat bendasing yang didakwa ada di dalam pesanan makanannya.


Jam Press Vid

Singh sempat membuat rakaman video memaparkan hidangan di atas mejanya, sebelum kameranya memfokus ke dalam mangkuk yang terdapat bendasing seperti ekor kecil, dipercayai ekor cicak.

Singh memaklumkan kejadian itu kepada pemilik restoran, namun aduannya dibalas menggunakan bahasa kesat.

Singh kemudian dilaporkan mulai tidak sihat dan muntah sejurus selepas makan, dan kemudian dimasukkan ke hospital.


Jam Press Vid

Dia memfailkan aduan terhadap pemilik restoran dan kes itu telah diadukan kepada pihak polis. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 28-9-2022 10:19 AM
dugai ulu hati aku baca nk termuntah bayangkan kdg aku beli kari mamak bawah mikir daging cicak dh hancur bersama jadi pekat likat mana nmpk dah. uwekk
Quote Mooverine 28-9-2022 11:37 AM
teringat kes donoghue v stevenson..
jatuh sakit lepas jumpa siput dalam air minuman..
Quote Artemesiaa 28-9-2022 11:42 AM
Trauma jumpa elok cicak buat dia jadi sakit

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.033854 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top