|
Seorang lelaki jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selepas menemui ekor cicak dalam karinya ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran.
Insiden itu berlaku di sebuah lokasi yang tidak dinamakan di daerah Kanpur, Uttar Pradesh, di utara India pada Jumaat, lapor Mirror.
Jam Press Vid
Menurut laporan tempatan, pelanggan yang dikenali sebagai Jang Bahadur Singh singgah di restoran berkenaan ketika dalam perjalanan bersama seorang rakannya, Abhishek Dwivedi.
Dia kemudian memesan kari yang diperbuat daripada kacang dan nasi.
Namun lelaki itu terkejut saat melihat bendasing yang didakwa ada di dalam pesanan makanannya.
Jam Press Vid
Singh sempat membuat rakaman video memaparkan hidangan di atas mejanya, sebelum kameranya memfokus ke dalam mangkuk yang terdapat bendasing seperti ekor kecil, dipercayai ekor cicak.
Singh memaklumkan kejadian itu kepada pemilik restoran, namun aduannya dibalas menggunakan bahasa kesat.
Singh kemudian dilaporkan mulai tidak sihat dan muntah sejurus selepas makan, dan kemudian dimasukkan ke hospital.
Jam Press Vid
Dia memfailkan aduan terhadap pemilik restoran dan kes itu telah diadukan kepada pihak polis.
Sumber: mStar |
|