CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raja Charles III Panas Baran, Terlalu Mendesak, Kacau Pekerja Walau Hari Krismas

28-9-2022 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4269| Komen: 38

Description: LONDON: Monarki baharu Britain, Raja Charles III disifatkan sebagai seorang pemimpin yang ‘panas baran dan mempunyai etika kerja melampau’ sehingga mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan petug ...
LONDON: Monarki baharu Britain, Raja Charles III disifatkan sebagai seorang pemimpin yang ‘panas baran dan mempunyai etika kerja melampau’ sehingga mencetuskan rasa tidak selesa dalam kalangan petugas istana.


Menurut seorang bekas petugas menerusi buku berjudul ‘Courtiers: The Hidden Power Behind the Crown‘, Charles ‘jarang menyasarkan kemarahannya terhadap seseorang’.


Foto: AFP

“Banyak perkara boleh mencetuskan kemarahannya, terutamanya media.

“Baginda merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mempunyai banyak idea dan stamina, selain kuat bekerja iaitu tujuh hari seminggu,” kata bekas petugas tersebut.


Disebabkan Charles merupakan raja yang ‘terlalu mendesak’, maka baginda juga mengharapkan sikap yang sama dalam kalangan pekerjanya.

Hal itu termasuk baginda boleh menghubungi petugasnya pada bila-bila masa, termasuk semasa perayaan Krismas.

“Pada bila-bila masa, baginda akan menghubungi petugasnya untuk bertanyakan sesuatu isu atau mahukan sesuatu.

“Keadaan itu sentiasa tegang kerana baginda sentiasa mahukan petugasnya bersedia setiap masa,” ujar bekas petugas berkenaan.

Selain itu, Charles juga tidak suka hanya bergantung kepada seorang penasihat dan sering mendapatkan idea menerusi sejumlah penasihat dari luar mengenai pelbagai perkara termasuk perubatan, perniagaan, pertanian organik, perumahan, kesenian Islam dan media.

Keadaan itu menunjukkan Charles tidak boleh membuat keputusan hanya berdasarkan satu sumber atau pendapat.

Sementara itu, buku tersebut turut menyentuh mengenai anak-anak Charles iaitu Putera William dan Putera Harry bersama isteri masing-masing. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 28-9-2022 10:48 AM
perubatan, perniagaan, pertanian organik, perumahan, kesenian Islam dan media.

Betul ke?
Quote white_musk 28-9-2022 10:50 AM
Kutuk king baru sebab dia ok dengan ugama suchi kan
Quote ifanonline 28-9-2022 10:58 AM
civilization UK akan jatuh
Quote tipah89 28-9-2022 11:22 AM
tengok time dia signing ape ntang ntah pun tahu jenis gelabah si charles ni.
Quote Artemesiaa 28-9-2022 11:25 AM
Seperti dijangka soksek soksek pun bermula setelah tamat pemakaman makya tu
Quote nazurah 28-9-2022 12:01 PM
orang kuat kerja memang macam charles ni la... kerja 24/7. tp mcm bercanggah plak dengan norma baru bangsa eropah yang nak lebih banyak berehat daripada bekerja.

charles kena ada diff set of employees with the same skillset, jadi masing2 boleh bercuti... kerja ikut shift ke apa. idok lerr ongtua ni ngamuk bagai time dia perlukan org tu... takde plak
Quote caprut 28-9-2022 12:05 PM
nazurah replied at 28-9-2022 12:01 PM
orang kuat kerja memang macam charles ni la... kerja 24/7. tp mcm bercanggah plak dengan norma baru  ...

Cmne ko tahu dia kuat bekerja?
Quote bulalof 28-9-2022 01:00 PM
apalah kerja yg dibuat org tua ni?
Quote xAthenax 28-9-2022 01:47 PM
Mendiang Diana pun dia buli, apalah sangat pekerja
anak didikan Lord Mountbatten
as far as they are concerned
you are down there, I am up here, you do as I order. Lebih kurang anak Jamaica. Mujur yang ni takda socmed.
Quote mojarean_X 28-9-2022 01:55 PM
Ye betul dia kuat bekerja. Harry & William pernah ckp dia pernah tertido atas meja masa wat keje.
Quote mojarean_X 28-9-2022 01:55 PM
Edited by mojarean_X at 28-9-2022 01:57 PM
caprut replied at 28-9-2022 12:05 PM
Cmne ko tahu dia kuat bekerja?


Dia introvert & perfectionist at the same time. Cer tgk The Crown ko akan bersimpati ngan dia smpilah episode Diana baru ko benci ngan dia. Tp dia pun mangsa kahwin paksa juga
Quote mojarean_X 28-9-2022 02:01 PM
Screenshot_20220928-140104_Chrome.jpg
Quote annehuda 28-9-2022 02:05 PM
kuat keje ke kuat mengarah?  
Quote ruhanizza 28-9-2022 03:36 PM
Edited by ruhanizza at 28-9-2022 03:39 PM
tikusmontok replied at 28-9-2022 10:48 AM
perubatan, perniagaan, pertanian organik, perumahan, kesenian Islam dan media.

Betul ke?

Betul kot kalau ambik dari artikel kat sini.The monarch was described to be a "man on a mission" with a variety of different interests. The book shares how the king turned to different individuals with expertise in "architecture, alternative medicine, business, organic farming, housing, Jungian psychoanalysis, Islamic art, rainforests, crop circles and the media."

https://news.yahoo.com/king-char ... ding-223912348.html




Quote DayangKirana 28-9-2022 04:27 PM
keje kuat la sangat...paper jatuh dalam dustbin pon dia call butller, mintak tlg ambikkan...
pen kat meja pon dia suruh orang lain alihkan.. puiiihhh!
kejadahnye...
Quote krustykrab 28-9-2022 04:31 PM
Jenuh la pekerja2 dia kna standby 24 jam
Quote Adrif 28-9-2022 05:35 PM
DayangKirana replied at 28-9-2022 04:27 PM
keje kuat la sangat...paper jatuh dalam dustbin pon dia call butller, mintak tlg ambikkan...
pen kat ...

first day naik takhta pun dah banyak kontroversi
terpaksa upkan cerita gini nak balance kan balik
Quote _blackbird 28-9-2022 06:10 PM
DayangKirana replied at 28-9-2022 08:27 AM
keje kuat la sangat...paper jatuh dalam dustbin pon dia call butller, mintak tlg ambikkan...
pen kat ...

sama lah kalau ko dpt hardworking supervisor or boss, photostat pon suruh org, file depan mata pon tak jumpa, gittew perumpamaan nya. lagi pon pasal kes pen & paper tu source dari 1 ex staff yg bitter je kan. mana kita tau ntah2 charles dah lama berbulu dengan staff yg tak competant tu yg dia suruh buat kerja remeh temeh mcm tu
Quote bedahmenjuyah 28-9-2022 08:08 PM
Dlm pd kuat kerja sempat jugak main cinta dgn bini org.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.071474 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top