Sebelum ini tular di TikTok, posting seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai bekas teman wanita Ryan Bakery. Dalam rakaman tersebut, wanita tersebut menunjukkan gambar lama Ryan dan bertanya adakah lelaki itu masih mengingatinya.
Difahamkan wanita tersebut dah memadam rakaman tersebut namun telah dimuat naik semula oleh pengguna lain. "Terdesak sangat ke sis nak famous? Respect la sikit dia tu tunang orang, pelik eh perempuan sekarang,"tulisnya di kapsyen.
Di ruangan komen ramai yang mengecam wanita berkenaan yang dilihat sebagai tak menghormati status Ryan yang kini sudah menjadi tunang orang. Malah ramai yang mempersoalkan tindakan wanita tersebut yang masih menyimpan gambar bekas kekasih. Ryan juga sempat memberikan komen, "Tah, tak kenal," tulisnya. Biasalah orang bila dah glamour mulalah ramai yang menghimpit, tak gitu? -CARI |
asfaz replied at 26-9-2022 06:19 PM
malu la weiiii . .. Ryan pun siap Komen tu kata tak kenal. akak pergi cari laki l ...
ADVERTISEMENT