Kumpulan OneRepublic akan memulakan siri jelajah Asia mereka pada tahun 2023 dan Malaysia antara negara yang tersenarai
Kumpulan pop rock Amerika ini dijadualkan bakal mengadakan konsert itu di Kuala Lumpur pada 1 Mac tahun depan. Berita gembira ini dikongsi sendiri laman Twitter rasmi OneRepublic. "Asia! Kami sangat teruja untuk kembali pada musim bunga 2023. Tiket akan dijual dalam masa beberapa minggu akan datang. "Anda boleh layari laman web http://onerepublic.com/tour untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jumpa di sana!" tulis mereka.
Konsert tersebut dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan tiket bakal dijual secara berperingkat. Bermula 27 September ini untuk kelab peminat, 28 September untuk ahli Live Nation dan jualan umum pada 29 September depan. Sebelum itu, penyanyi antarabangsa ini bakal memulakan siri jelajah mereka di Filipina pada 23 Februari dan seterusnya ke Jakarta, Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Taiwan dan Jepun. Untuk info, One Republic dianggotai oleh Ryan Tedder (vokalis/penulis lirik), Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis). Mereka popular dengan lagu Counting Stars, Secrets, Apologize dan kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada 25 April 2018. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT