CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Shakira Berdepan Hukuman Penjara 8 Tahun Gagal Bayar Cukai RM68 Juta

23-9-2022 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 460| Komen: 0

Description: Shakira boleh dihukum penjara lapan tahun atas dakwaan gagal membayar cukai kepada kerajaan Sepanyol sebanyak kira-kira RM68 juta bagi tempoh 2012 hingga 2014.
Shakira boleh dihukum penjara lapan tahun atas dakwaan gagal membayar cukai kepada kerajaan Sepanyol sebanyak kira-kira RM68 juta bagi tempoh 2012 hingga 2014.


Penyanyi itu bagaimanapun enggan menjelaskan segala tuntutan tersebut kerana mendakwa dirinya tidak menetap di negara berkenaan sepanjang tempoh yang disebutkan itu.


IG Shakira

"Saya harus pertahankan kebenaran kerana tuduhan itu tidak benar. Saya tidak tinggal di negara itu selama lebih 183 hari setahun. Saya sibuk dengan komitmen kerja di seluruh dunia.

"Saya juga telah membayar apa yang mereka tuntut sebelum mereka memfailkan saman. Jadi setakat ini saya tidak berhutang apa-apa dengan mereka," katanya.


Sebelum ini, pihak kerajaan Sepanyol meminta penyanyi itu membayar cukai kerana tinggal di negara berkenaan lebih dari setengah tahun.

Shakira yang ketika itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola kebangsaan Sepanyol iaitu Gerald Pique juga mendakwa pihak berwajib negara berkenaan tidak telus dalam mengutip cukai.

"Saya telah mendapatkan nasihat dari sebuah firma yang pakar dalam bidang ini. Justeru saya percaya apa yang dilakukan selama ini adalah benar.

"Pihak yang mengutip cukai sudah banyak kali melakukan tindakan sebegini. Bukan hanya kepada selebriti, malah juga kepada pembayar cukai lain," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

1-10-2022 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.074279 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top