Sejak filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan secara eksklusif di Netflix sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu, banyak kritikan dan komen-komen negatif dari penonton yang pertama kali menonton filem itu di Netflix tular di media sosial. Rata-rata penonton yang tidak menonton di pawagam memberi respons negatif terhadap filem tersebut terutamanya dari segi bunyi, skrip dan kualiti sinematografi. Menariknya, lain pula reaksi yang ditunjukkan oleh seorang wanita dari Amerika Syarikat ini yang dilihat begitu menghayati filem Mat Kilau. Menurut suami wanita itu, pada mulanya isterinya kelihatan agak bosan dan mengantuk untuk terus menonton filem itu namun kembali teruja tatkala filem terbabit memaparkan beberapa adegan tempur. Mungkin tidak mampu menahan sebak dengan adegan menyentuh hati, isterinya itu kemudian mengalirkan air mata.
Difahamkan wanita tersebut merupakan isteri kepada seorang lelaki Melayu kelahiran Malaysia yang menetap di luar negara. Malah dalam video terbaru yang dimuat naik oleh suami wanita terbabit di akaun @jaibhrdn turut menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa nama filem Mat Kilau telah ditukar kepada Shinning Man untuk tayangan di luar negara. Menurutnya, nama filem Mat Kilau yang disiarkan dalam Netflix US masih kekal sama dan dan audio juga masih dalam bahasa Melayu serta tiada pilihan alih bahasa disediakan. - CARI |
makton replied at 23-9-2022 07:32 AM
dia nangis sedih tgk bangsa dia kalah kena tikam dgn geng2 MK kot
buragazz replied at 23-9-2022 07:58 AM
Aku nak cakap bend yang sama... ko dah cakap dulu..
makton replied at 23-9-2022 08:03 AM
kena plak timing queen eli mangkat. tambah syahdu la deme tgk MK tu
ADVERTISEMENT