CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Warga Asing Ditangkap Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak

22-9-2022 05:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1052| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Polis menahan seorang lelaki warga asing yang memiliki bahan pornografi kanak-kanak di Seremban, Negeri Sembilan, Isnin Lalu.
Sumber Harian Metro


Polis menahan seorang lelaki warga asing yang memiliki bahan pornografi kanak-kanak di Seremban, Negeri Sembilan, Isnin Lalu.

Harian Metro melaporkan, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, tangkapan itu dibuat sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Dalam serbuan itu, kami menahan seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun yang juga penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).


"Hasil pemeriksaan dilakukan menemui beberapa bahan pornografi kanak-kanak di dalam komputer riba dan telefon bimbit milik suspek," katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin. SUMBER  BH Online

Noorsiah berkata, siasatan dilakukan mendapati suspek menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan memerangkap mangsa.

"Suspek dipercayai melakukan ugutan bagi mendapatkan bahan berunsur seksual daripada mangsa terdiri daripada kanak-kanak luar negara.

"Kejayaan penahanan suspek itu adalah hasil kerjasama erat antara PDRM dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat," katanya.

Katanya, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 5 AKta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 10 akta sama di Mahkamah Majistret. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 22-9-2022 08:46 PM
Pedo berleluasa skang ni
Quote VespaSilbe 22-9-2022 10:59 PM
bakal doctor katanyeh
Quote Perawankota 23-9-2022 02:08 AM
missyL: Pedo berleluasa skang ni


Rasa2 dari dulu lagi dah byk, cuma dulu penggunaan socmed tak luas.. So, susah nk detect gang2 pedo ni kan..
Quote bulalof 23-9-2022 08:41 AM
warga asing mendonia je kat malaysia ni.
Quote me12345 23-9-2022 08:52 AM
Warga asing dah berkuasa...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.198236 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top