Tular hari ini sebuah video seorang pelanggan memarahi abang Grab kerana berang apabila makanan yang dipesannya lambat sampai ke lokasi telah mencetuskan kemarahan orang ramai. Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Iesya Toh memaparkan seorang rider sedang bertikam lidah dengan pelanggan yang memarahinya kerana tidak dapat mencari lokasi yang diberikan sedangkan menurut rider tersebut, lokasi yang diberikan oleh pelanggan itu tidak tepat. Bukan itu sahaja, rider tersebut turut diugut akan hilang kerja kerana pelanggan tersebut mendakwa dia (sambil menujuk logo dibaju) merupakan partner dengan Grab.
Loading FB Post... " Viral video rider kecewa, diugut customer tersilap beri alamat" “ Dia bagi salah location dengan grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sendiri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai-sampai je dia marah aku depan orang ramai dia ingat aku takde hati ke ape... Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kejer pulak tu..” - @minyakhitamjalanan (TT) " " Dalam hidup ni bertambah tenang klu pemurah dgn ‘MAAF’.. Dah salah, minta maaf BUANG EGO. " Abang rider sila hadir" katanya. Meninjau di Facebook mStar, rider yang ditemubual tersebut memberitahu dia terpaksa merakam dan memviralkan video kejadian kerana tidak mahu rakan-rakan rider lain menerima nasib yang sama sepertinya. Loading FB Post... Tambahnya lagi, selama sepuluh tahun menjadi rider ini adalah kali pertama dia berhadapan dengan pelanggan seperti itu. Malah, rider tersebut turut membuat laporan polis kerana telah diugut oleh pelanggan tersebut akan membuatkan dirinya hilang kerja. Rata-rata warganet mengecam tindakan pelanggan itu yang disifatkan tiada adab dan sombong. - CARI |
lattehazelnut replied at 23-9-2022 03:22 AM
Call la customer klau xjumpa alamat ke apa
ADVERTISEMENT