CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2829|Reply: 24

Video Tular Abang Rider Dimarahi Dan Diugut Hilang Kerja Oleh Pelanggan Yang Tersilap Beri Alamat

  [Copy link]
Post time 23-9-2022 12:00 AM | Show all posts |Read mode







Tular hari ini sebuah video seorang pelanggan memarahi abang Grab kerana berang apabila makanan yang dipesannya lambat sampai ke lokasi telah mencetuskan kemarahan orang ramai.



Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Iesya Toh memaparkan seorang rider sedang bertikam lidah dengan  pelanggan yang memarahinya kerana tidak dapat mencari lokasi yang diberikan sedangkan menurut rider tersebut, lokasi yang diberikan oleh pelanggan itu tidak tepat.


Bukan itu sahaja, rider tersebut turut diugut akan hilang kerja kerana pelanggan tersebut mendakwa dia (sambil menujuk logo dibaju) merupakan partner dengan Grab.





" Viral video rider kecewa, diugut customer tersilap beri alamat"


“ Dia bagi salah location dengan grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sendiri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai-sampai je dia marah aku depan orang ramai dia ingat aku takde hati ke ape... Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kejer pulak tu..” - @minyakhitamjalanan (TT) "


" Dalam hidup ni bertambah tenang klu pemurah dgn ‘MAAF’.. Dah salah, minta maaf BUANG EGO.


" Abang rider sila hadir" katanya.


Meninjau di Facebook mStar, rider yang ditemubual tersebut memberitahu dia terpaksa merakam dan memviralkan video kejadian kerana tidak mahu rakan-rakan rider lain menerima nasib yang sama sepertinya.







Tambahnya lagi, selama sepuluh tahun menjadi rider ini adalah kali pertama dia berhadapan dengan pelanggan seperti itu.


Malah, rider tersebut turut membuat laporan polis kerana telah diugut oleh pelanggan tersebut akan membuatkan dirinya hilang kerja.


Rata-rata warganet mengecam tindakan pelanggan itu yang disifatkan tiada adab dan sombong. - CARI
























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru keluar duit delivery rm5 dah rasa diri mcm raja buat kelaku mcm ni.
Aku doakan ko keje grab suatu hari nnt
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa kena mengena logo universiti dengan grab.adoi lucu lah ko main petik je..tak pasal viral.kalau staff uni tu silap2 hilang kerja ko
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti kes main order tanpa tgk betul ke x address utk delivery kat grab tu. Kot ye pun, chat le ngan rider tu atau call rider direct bgtau, tersilap location. Bahalol nye lah customer mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 01:27 AM | Show all posts
iols pernah TER-order macam ni, guna alamat rumah tapi sebenarnya nak FP hantar ke alamat hotel. Sebab kalut2 nak pegi keje sampai terlupa nak re-select alamat.

Nasib baik dekat je dengan rumah. So budak tu pun datang hantar tanpa banyak songeh dan iols mintak maaf kat dia je, pastu bagi duit extra kat dia. Dia pon ok jurr.

why so complicated, nyeh?

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah salah sendiri tah hape2 ko nak salahkan rider. Orang yang cuba untuk tutup periuk nasi orang ni elok la di doakan pintu rezeki dia di tutup terus. Biar dia merempat tepi jalan, sampai nak order grab pun dah takkan mampu satu hari nanti, baru dia tahu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2022 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Call la customer klau xjumpa alamat ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 23-9-2022 03:22 AM
Call la customer klau xjumpa alamat ke apa

Kan dia ckp dah call tp cust suruh cari sdr
Dah mcm treasure hunt dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2022 06:31 AM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 08:17 AM | Show all posts
Sejenis hadap jadi manusia terpaling la ni.. tu yang mendongak langit .. aku tgk video ni semalam..
AKu klu order benda wajib aku check alamat serta lokasi dalam apps tu dan pembayaran aku tak akan ambik COD sebab peniaga dan rider lebih percaya klu payment dah dibuat.. aku siap tunggu depan rumah bila nampak kat apps rider dah nak sampai... ada satu kes aku dalam kereta nak order sebab nanti sampai rumah ngam2 sampai makanan sekali dia pin kat lokasi berbeza.. aku msg rider pastu aku call bagi lokasi tepat... setakan ni problem dari pekedai cuma McD cheng 3 ke 4 kali gak order mesti ada yang tak cukup tapi bila aku report diorang ganti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 08:25 AM | Show all posts
x dapat lagi ke identiti customer tu?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 08:27 AM | Show all posts
malas masak g kedai
dahlah pemalas bekeng lak tu
kejadah betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sistem maps yg rider dapat kadang x sama ngan maps buyer, aku pernah kena, rider kata dah sampai, aku tgok kat luar x ada pun, aku screenshot bagi dia maps yg aku punya, baru dia dapat cari, dia sampai kata x sama ngan yg dia punya
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun penah tersilap bagi alamat tempat keje instead of alamat apartment aku. Bila aku mintak naik tingkat 31, dia kata guard tak kasi naik. Aku ckp, bang tinggalkan je la kat guard. Time tu dh pukul 10 malam. Husband aku turun kat lobby, guard kata takde pun org grab hntr makanan. Pastu aku cek balik app, rupanya aku yg tak tukar alamat office ke apartment [em:7:]

Mesti guard tempat keje aku serammm sebab tiba2 ade org order makanan hntr kat office sedangkan dh pukul 10 malam, mana ada org kat office lagi. Harapnya guard makan je makanan aku… aku beli mekdi kot time tu[em:9:]
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 09:04 AM | Show all posts
iesya toh tu skrg jadi wartawan tak bergaji ke
sume nak report
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 09:41 AM | Show all posts
mcm rumah aku ni dlm kg pastu dkt dgn kubur.. rider slalu was-was nk hntar.. tambah2 malam plak.. selalu rider akan mcg atau call tnya location.. aku selalu remark location betul mmg rumah dkt area kubur.. jgn takut saya manusia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2022 09:59 AM | Show all posts
customer boleh report rider kat grab..
rider tak boleh ke report customer kat grab?
contoh macam ni la..
customer bagi alamat salah sebab nak tipu fee, tipu tak nak bayar cod ke apa..
takkan rider je kena tanggung semua..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 10:46 AM | Show all posts
customer terpaling b40
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 10:47 AM | Show all posts
Dah sendiri salah suka2 ugut orang pulak mamat tu.
Ingat besar sangat ke duit dia sampai angkuh mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2022 02:28 PM | Show all posts
Dia ingat semua rider tu tak sekolah silap2 lagi tinggi kelayakan mereka tapi terpaksa buat kerja rider
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.277752 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list