Bekas bintang Gegar Vaganza 8 (GV8), Datuk Fazley Yaakob menasihati peserta GV9 agar mengambil tahu dunia media sosial selain persediaan vokal semata-mata.
Kata Fazley, setiap peserta perlu membentuk pasukan untuk membaca dan menapis komen negatif daripada netizen. "Saya tahu ada dalam kalangan peserta GV musim ini yang berhati tisu (rapuh). Saya kenal dan rapat dengan beberapa peserta. "Pesanan saya jika tidak kuat jangan baca ciapan di Twitter dan jangan hanya buat persediaan vokal saja tapi perlu juga ambil tahu mengenai media sosial. "Setiap peserta juga digalakkan mempunyai pasukan media sosial yang boleh membaca atau memadam sebarang komen negatif daripada netizen. "Jangan sesekali jatuh semangat kerana komen negatif orang atau kita membalas komen berkenaan kerana ia bukan langkah yang betul," nasihatnya. Fazley ditemui pada majlis pelancaran menu baharu Starbucks di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam pada itu, Fazley tidak membantah apabila format GV9 diubah dengan membuka penyertaan kepada penyanyi yang masih bergiat aktif dalam bidang seni. "Program realiti ini bukan hanya membantu artis yang suam-suam kuku sahaja, tapi pentas ini adalah platform pertandingan. Bila saya sendiri pernah sertai GV, saya tahu ini adalah pertandingan yang sebenar. "Jadi apabila membabitkan sebuah pertandingan tidak semestinya kalau orang itu adalah suam-suam kuku atau sedang hebat mereka tidak boleh berada di pentas yang sama. Masing-masing ada kelebihan dan kekuatan tersendiri," tambahnya. Untuk rekod, Fazley menjadi peserta kedua tersingkir pada GV8 dan selepas bertahan selama empat minggu. Sumber: Gempak |
jangan hanya buat persediaan vokal saja tapi perlu juga ambil tahu mengenai media sosial
"Saya tahu ada dalam kalangan peserta GV musim ini yang berhati tisu (rapuh). Saya kenal dan rapat dengan beberapa peserta.
ADVERTISEMENT