CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riena Diana Dikecam Cakap Lelaki Sakit Otak-"Pakai Longgar Tapi Masih Ada Yang Komen Susuk Tubuh Saya"

22-9-2022 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1428| Komen: 3

Description: Riena Diana, 25, tidak menyangka tindakannya meninggalkan komen pada siaran artikel di sebuah portal mengenai penampilan seksi Janna Nick ketika menghadiri sebuah acara, baru-baru ini telah mengundang ...
Riena Diana, 25, tidak menyangka tindakannya meninggalkan komen pada siaran artikel di sebuah portal mengenai penampilan seksi Janna Nick ketika menghadiri sebuah acara, baru-baru ini telah mengundang kecaman netizen.


Akui Riena, dia tidak berniat mempertahankan pemilihan busana ketat yang digayakan Janna, namun mempersoalkan sikap segelintir netizen yang hanya menyalahkan wanita apabila melibatkan komen berbaur lucah.

Foto: IG

“Saya ada meluahkan pada ruangan komen, zaman sekarang ramai lelaki yang sakit otak. Selepas itu, ramai pula netizen yang mengecam saya.

“Bukan niat saya untuk mempertahankan sesiapa, tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah kenapa perempuan selalu dipersalahkan? Lelaki gatal pula bagaimana?


“Saya pernah berada di situasi seperti itu apabila memakai pakaian longgar, tetapi masih ada yang komen mengenai susuk tubuh saya. Jadi, apakah itu salah wanita?” kata Riena.



Sebelum ini, penampilan Janna yang memakai baju ketat sehingga menampakkan bentuk badannya ketika menghadiri majlis tayangan filem, Juang, baru-baru ini menerima kritikan ramai.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok, Janna sedang duduk memandang ke belakang untuk melambai peminat, namun pakaiannya dilihat sangat ketat sehingga menampakkan bahagian punggung.

Ruangan komen di video itu dipenuhi dengan komen berbaur lucah, terutama daripada lelaki, selain segelintir yang meluahkan perasaan kurang senang dengan rakaman tersebut.



Dalam pada itu, bekas penyampai radio Hot FM ini mengakui, barangkali dia juga melakukan kesilapan dalam melontarkan komen sehingga dikecam netizen.

“Salah tetap salah, saya tidak cakap menyarung pakaian ketat itu betul. Saya juga tidak mahu menegakkan benang yang basah.



“Saya juga tidak bercakap, menggayakan pakaian seksi itu betul. Salah saya juga sebab gatal memberikan komen, jadi saya terima apabila diserang netizen,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-9-2022 02:30 PM
Jangan kata lelaki, perempuan pon ramai sakit otak.. Semua nak judge
Quote Mulotkoyak 22-9-2022 02:52 PM
Cantek die ni… mata kuyu je. Berlakon pun kire ok je laaa.
Quote elzy 22-9-2022 04:05 PM
Hurmmm abaikan saja kalau tak relevan..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.133784 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top