Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul remaja perempuan yang merupakan anak tirinya seperti tular di media sosial.
Penahanan itu dibuat berikutan laporan dibuat mangsa berusia 19 tahun pada 18 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat yang mengesahkan penahanan itu berkata, remaja itu mendakwa dirinya cedera dipukul suspek yang merupakan bapa tirinya.
“Pada 19 September lalu, tular dalam media sosial berkaitan laporan polis beberapa keping gambar seorang perempuan dipercayai dipukul oleh bapa tirinya. “Susulan itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis (IPD) Kerian menerima satu laporan polis yang bertarikh 18 Ogos lalu yang dibuat oleh pengadu. “Pengadu mendakwa mendapat kecederaan akibat dipukul oleh bapa tirinya dan hasil siasatan mendapati suspek merupakan bapa tiri kepada mangsa. “Lelaki tersebut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan semalam. Difahamkan, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumahtangga. Sumber: Utusan |
ezacbee replied at 21-9-2022 04:54 PM
Ko ada carut kat mak ko ke sampai ayah tiri boleh naik hantu?
ADVERTISEMENT