View: 10182|Reply: 118
|
[Tempatan]
Foto ayah tiri, ibu dan korban - Bapa Tiri Dari Neraka! Gadis Dakwa Dicekik, Dipukul & Sampai Lebam... Pernah Nak Ambil Parang
[Copy link]
|
|
Edited by Friska at 23-9-2022 09:45 AM

Di Instagram, seorang gadis menceritakan detik ‘hitam’ yang dialami dirinya apabila didakwa didera oleh oleh bapa tirinya.
Bapa Tiri Dari Neraka! Gadis Dakwa Dicekik, Dipukul & Sampai Lebam... Pernah Nak Ambil Parang
September 21st, 2022
Bapa tiri keluar bilik air terus pukul

Menerusi beberapa perkongsian di InstaStory, gadis yang dikenali sebagai Dahlia itu mendedahkan bahawa bapa tirinya telah mencekik serta menampar pipi sebelum ditolak dan kepala dihentak ke lantai.
Dia tendang badan saya berulang kali. Dia pijak kepala Dahlia banyak kali sambil hentak guna kaki dia. Mata bengkak lebam dan pecah darah sebab dia pijak guna tumit.
Jelas Dahlia lagi, rambutnya pernah ditarik, malah dia turut dilempang berkali-kali serta diterajang sehingga terhantuk ke pintu. Menceritakan kejadian tersebut, dia turut mendakwa bapa tirinya pernah mengambil parang di dapur kerana ingin menetaknya. Walau bagaimanapun, jirannya yang melihat kejadian terbabit membawa Dahlia lari masuk ke rumah.
Kepala Dahlia bengkak. Doktor check dia terkejut kepala bengkak teruk. Belakang badan dari bahu sampai ke kaki bengkak. Rahang mulut pun bengkak. Kunyah, bersin pun sakit menguap tak boleh.
Mata Dahlia pecah darah tak nampak dengan jelas sampai sekarang. Doktor hospital terus hantar pergi Taiping untuk jumpa pakar mata. Doktor pakar kata eye movement tak okay.
Trauma dengan kejadian yang terjadi, gadis berusia 19 tahun itu kemudiannya membuat laporan polis. Difahamkan, dia ingin berjumpa dengan ibu kandungnya, namun tidak lama selepas itu berlakunya pertengkaran mulut dengan ibunya.
Bapa tiri saya keluar dari bilik air terus tendang saya di hadapan pintu rumah dan kemudian kawan saya bawa saya pergi dari situ dan menghantar saya ke rumah bapa kandung.
Senyum & tergelak kecil

Bukan itu sahaja, ibu serta bapa tirinya tetap menyalahkannya kerana tidak memaafkan mereka. Malah, ketika gadis berkenaan meluahkan segala apa yang dirasainya, lelaki terbabit hanya tersenyum serta gelak kecil.
Masa Dahlia cakap semua tu, Dahlia luahkan apa yang Dahlia rasa sampai menangis. Dia (ayah tiri) boleh senyum. Dia senyum lepas tu gelak kecil depan saya. Ya Allah manusia jenis apa ni.
Hati bapa mana yang tidak remuk apabila melihat anak kesayangannya yang dihantar ke rumah bekas isteri dalam keadaan elok secara tiba-tiba diperlakukan seperti itu.
Kalau sampai macam ni saya terkejut jugak. Saya hantar dia rupa elok tiba-tiba balik macam ni.
Bukti-bukti dipukul
|
|
|
|
|
|
|
|

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan mangsa cedera. FOTO tular
Pukul anak tiri, lelaki ditahan
September 21, 2022 @ 9:46pm
Parit Buntar: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian memukul anak tirinya di sebuah rumah di Parit Buntar.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, ia susulan satu hantaran yang tular mengenai kejadian itu yang dibuat seorang remaja berusia 19 tahun.
Katanya siasatan mendapati laporan polis dibuat remaja terbabit pada 18 Ogos lalu dan suspek adalah bapa tiri mangsa.
"Suspek ditahan pada hari yang sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumahtangga," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, beberapa keping gambar kecederaan yang dialami termasuk audio jeritan ketika dipukul dimuat naik remaja itu di Instagram miliknya, @d4hleea, sehingga menjadi tular.
Mangsa mengakui bertengkar dengan ibu kandung menyebabkan bapa tirinya keluar dari bilik air dan menampar pipi, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepalanya.
Mangsa turut mendakwa ditendang sekali lagi di hadapan pintu rumah.
Menurutnya, dia mengalami kecederaan dan dibawa oleh rakan pulang ke rumah bapa kandungnya sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tiri-lelaki-ditahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Friska at 23-9-2022 10:13 AM


|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Friska at 23-9-2022 10:18 AM
 |
|
|
|
|
|
|
|
Ko ada carut kat mak ko ke sampai ayah tiri boleh naik hantu?  |
|
|
|
|
|
|
|
Cilaka nye mak.. darah daging sendiri kne sampai teruk camtu siap nak suruh anak maafkan bapak tiri..
padahal in future mak dia pun bakal kena penarajang.. |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 21-9-2022 04:54 PM
Ko ada carut kat mak ko ke sampai ayah tiri boleh naik hantu?
Tak....
Aku rasa dia carutkan bapak tiri bewak tu...sbb tu mak dia tanak back up dia...... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam tu ler rata2 bila dah berbapak baru maknya mana nak backup dia lagi |
|
|
|
|
|
|
|

(Audio) 'Hangpa tak layak digelar mak ayah!' - Remaja dakwa dipukul bapa tiri hingga cedera & ibunya tak tolong
21 Sept 2022
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa dia telah dipukul oleh bapa tirinya sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian muka.
Menurut laporan polis yang dibuat mangsa pada jam 6.33 petang Ahad lalu, 18 September 2022, mangsa terdahulu berjumpa dengan ibu kandungnya pada Sabtu jam 11 malam di Parit Buntar, Perak.
Bagaimanapun, berlaku pertengkaran di antara mereka yang menyebabkan bapa tirinya keluar dari bilik air dan terus menampar pipi, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepalanya.
Tambah mangsa lagi, lelaki itu sekali lagi menendangnya di hadapan pintu rumah. Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dibawa oleh rakannya pulang ke rumah bapanya.
"Akibat dari kejadian itu, saya mengalami bengkak di bahagian pipi kiri, kepala, belakang badan serta kaki kanan dan kiri berasa sakit," kata mangsa.
Mangsa pada keesokkan harinya pergi ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan, termasuk pengelihatan matanya terjejas akibat dari kejadian itu.
Gambar-gambar dan audio mangsa menjerit ketika dipukul bapa tirinya kini tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap bapa tiri mangsa.
https://www.thereporter.my/2022/ ... gelar-mak-ayah.html |
|
|
|
|
|
|
|
nak dengar cerita sebelah lagi..
apa punca bapak tiri naik hantu belasah anak..
teenager kan..
umur tengah rebel ni macam-macam..
apa pun, memang gila la belasah anak macam tu..
anak pompuan pulak tu..
gila punya jantan.. |
|
|
|
|
|
|
|
gilaa betul pukul sampai camtu
Apa pun kene dgr statement dua pihak
Adala tu trigger dia time meluah2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar audio dia aku lak yg nangis... Dari kecik kena dera. Mak pak dari neraka tu wujud.. Kalo aku cepat2 keluar umah xmo balik2 lagi. Boleh trauma mental.. Tapi tazah semah kata kena maafkan mak pak utk hilangkan beban |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus kau repot polis cepat2. Jgn tggu 4 5 tahun baru nak repot |
|
|
|
|
|
|
|
Ishhh nak terkeluar gak airmata dgr audio tu
Tp nak jg dgr apa kesah sebenar dr pihak satu lg
Apa pun kekerasan xmenyelesaikan apa2
Menambahkan masalah lg ada |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan sundal patutnya usah beranak pinak .
Seteruk mana pun si Dahli carutkan mak pak tiri dia, dia tak patut dibelasah seolah tenaga dia sama level dengan pak tiri sampai pak tiri tu guna sepenuh tenaga belasah dia habis habisan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak berani nk dengar audio takut takleh tido, tak kira laa apa salah dia sekalipun tp bukan dgn belasah sampai gitu.
Kalau mati cemana? Lelaki jenis apa yg pukul2 pompuan ni?
Nak tahu gak apa motif bapak tiri dia belasah teruk2 gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr audio tu xde lak dia maki2 teruk
Mcm ade rasa hormat lagi kat mak pak dia
Bk harapkn mnteri dyrg sibuk pasg badan jaga muka
Ni mak dia jenis aslkan berlaki ke ape
Moga adik ni dapat ditempatkan jauh dri mak pak bodoh bebal nie ish |
|
|
|
|
|
|
|
Walau akak x kenal kau dik, tp akak harap Tuhan lindungi kamu dr manusia2 durjana di luar sana....pesan akak, belajar rajin2 n make sure try apply job di negara lain.pastu merantau dan bina hidup sendiri dan semoga ketemu bahagia
Sedih baca bila mak kandung sendiri menangkan bapak tiri dia..sah la mak dia gila batang |
|
|
|
|
|
|
|
hoi Rinaceros Harun...sila jalankan t/jawab kamu sbg menteri
Remaja perempuan seperti kes ni patut dilindungi oleh JKM
takkan nk tggu jd mayat kut. |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur x dirogolnya ko dik..aku yakin klo kena rogol sekalipun, mak ko tetap akn backup bapak tiri setan ko tu..rasa puas je dgr ko maki hamun mak bapak yg xlayak bergelar mak bapak tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|