Raja Charles III mengumumkan anak lelaki pertamanya, Putera William sebagai Putera Wales selepas baginda diangkat sebagai Raja Britain yang baharu.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen negara itu, Raja Charles III bertitah, pewarisnya akan menyandang beberapa gelaran baharu dan juga memikul tanggungjawab terhadap aset peribadi, Duchy of Cornwall. Ia adalah harta pusaka yang diserahkan kepada pewaris takhta sejak 1337. Baginda bertitah, anak lelaki baginda dilantik sebagai Putera Wales atau gelaran, Tywysog Cymru dalam bahasa Wales.
Putera William dan isterinya Kate Middleton kini akan dikenali secara rasmi sebagai Putera dan Puteri Wales. Mereka kekal sebagai Duke dan Duchess of Cambridge, tetapi gelaran baharu diutamakan. Putera William yang mewarisi Duchy of Cornwall juga menerima gelaran Duke of Cornwall. Putera William juga menjadi Duke of Rothesay di Scotland, bersama dengan Earl of Carrick, baron Renfrew dan Lord of the Isles. Ketika lawatan ke Scotland, Puteri Wales boleh menggunakan gelaran Duchess of Rothesay jika beliau mahu berbuat demikian. Selepas kematian Ratu, isteri Raja Charles III, Camilla kini akan digelar sebagai Raja Permaisuri yang menjadi gelaran rasmi kepada isteri seorang raja. Ia berikutan restu Ratu Elizabeth II sebelum kematiannya, untuk Camilla menggunakan gelaran itu. Anak lelaki Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan iaitu Archie Mountbatten-Windsor kini diangkat sebagai putera raja seperti yang ditetapkan Raja George V pada 1917. Pada 2021, Charles dicadangkan untuk mengehadkan jumlah kerabat diraja utama apabila dia menjadi raja sebagai usaha menghalang Archie menjadi putera raja. Baginda perlu mengeluarkan Surat Paten yang meminda hak Archie untuk menjadi putera raja dan hak Lili, anak perempuan Putera Harry untuk menjadi puteri. Archie dan Lili tetap kekal sebagai putera dan puteri sama ada ibu bapa mereka memilih untuk menggunakan gelaran diraja atau sebaliknya. Sumber: Harian Metro
|
hyie replied at 22-9-2022 12:43 PM
semoga putera william cecepat pergi buat rawatan rambut yach
ketambangkang replied at 22-9-2022 01:56 PM
sumpah x phm dorg punye gelaran2 ni
blakerainer replied at 22-9-2022 02:12 PM
Itupun Harkles meronta nak anak ada title HRH kat depan. Demand nak itu ini, tak sedar diri kut dah ...
ADVERTISEMENT