CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekayaan Mark Zuckerberg Merosot Sebanyak AS$70 Bilion

22-9-2022 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1059| Komen: 5

Description: New York: Kekayaan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg merosot sebanyak AS$70 bilion (kira-kira RM319.7 bilion), menjadikan beliau kini individu ke-20 terkaya di dunia.
New York: Kekayaan Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg merosot sebanyak AS$70 bilion (kira-kira RM319.7 bilion), menjadikan beliau kini individu ke-20 terkaya di dunia.


Zuckerberg bermula dengan kekayaan sebanyak AS$125 bilion (kira-kira RM570.9 bilion) pada awal tahun ini, menurut Indeks Bilionair Bloomberg.

Namun, kekayaan itu menurun kepada AS$55.3 bilion (kira-kira RM252.5 bilion) dengan penurunan 55 peratus.




Forbes bagaimanapun menganggarkan kekayaannya sebanyak AS$53.4 bilion (kira-kira RM243.8 bilion).


Meta yang memiliki platform Facebook (FB), Instagram (IG), WhatsApp dan Oculus, terjejas sejak 12 bulan lalu.

Ia berlaku selepas Zuckerberg berkata, syarikat itu menggunakan metaverse dan kemudian melancarkan penjenamaan semula besar-besaran, pada Oktober lalu.

FB kemudian melaporkan penurunan pertama penggunanya apabila kehilangan kira-kira satu juta pengguna aktif harian pada suku terakhir 2021.

Jenama itu juga berdepan kontroversi pada musim luruh lalu apabila pemberi maklumat Frances Haugen membocorkan maklumat daripada dokumen dalaman syarikat.

Selain itu, Haugen mendakwa dia melihat penyelidikan dalaman yang mendapati IG menyumbang kepada gangguan makan dan pemikiran remaja perempuan untuk membunuh diri.

Pendapatan bersih Meta jatuh 36 peratus atau lebih daripada AS$3 bilion (kira-kira RM13.7 bilion) pada suku kedua 2021.

Syarikat itu berkata, AS$10 bilion (kira-kira RM45.7 juta) dibelanjakan untuk pelaburan metaverse pada 2021 atau 50 peratus daripada perbelanjaan modalnya.

Meta memaklumkan, sehingga April lalu terdapat lebih 10,000 orang bekerja pada projek metaverse.

"Perniagaan metaverse tidak menjadi penyumbang utama kepada perniagaan sehingga sekurang-kurangnya dalam tempoh sedekad.

"Ia mungkin secara realistik dekad ini adalah menetapkan asas dan pada 2030 yang akan menyumbang besar kepada keuntungan syarikat," kata Zuckerberg dalam mesyuarat pemegang saham tahunan syarikat pada Mei. -CARI

Sumber: harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-9-2022 02:57 PM
Tapi still kaya
Quote pooh~key 22-9-2022 04:51 PM
Orang kata dia alien sis.
Quote makadek 22-9-2022 06:49 PM
Eja indon pn ko penjarakan users mmg la merosot tongong
Quote Tinot7 22-9-2022 09:56 PM
masih biliyuner.. apa dia kessaahhh..
Quote zorrro_03 22-9-2022 10:32 PM
pooh~key replied at 22-9-2022 04:51 PM
Orang kata dia alien sis.

orang bebal je yang sikit2 alien sikit2 alien... wakakaka

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.158871 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top