View: 9807|Reply: 86
|
Gelaran Diraja Yang Berubah, Anak Putera Harry Diangkat Sebagai Putera Raja
[Copy link]
|
|
Raja Charles III mengumumkan anak lelaki pertamanya, Putera William sebagai Putera Wales selepas baginda diangkat sebagai Raja Britain yang baharu.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen negara itu, Raja Charles III bertitah, pewarisnya akan menyandang beberapa gelaran baharu dan juga memikul tanggungjawab terhadap aset peribadi, Duchy of Cornwall.
 IG The Prince and Princess of Wales
Ia adalah harta pusaka yang diserahkan kepada pewaris takhta sejak 1337.
Baginda bertitah, anak lelaki baginda dilantik sebagai Putera Wales atau gelaran, Tywysog Cymru dalam bahasa Wales.
Putera William dan isterinya Kate Middleton kini akan dikenali secara rasmi sebagai Putera dan Puteri Wales.
Mereka kekal sebagai Duke dan Duchess of Cambridge, tetapi gelaran baharu diutamakan.
Putera William yang mewarisi Duchy of Cornwall juga menerima gelaran Duke of Cornwall.
Putera William juga menjadi Duke of Rothesay di Scotland, bersama dengan Earl of Carrick, baron Renfrew dan Lord of the Isles.
Ketika lawatan ke Scotland, Puteri Wales boleh menggunakan gelaran Duchess of Rothesay jika beliau mahu berbuat demikian.
 IG The Prince and Princess of Wales
Selepas kematian Ratu, isteri Raja Charles III, Camilla kini akan digelar sebagai Raja Permaisuri yang menjadi gelaran rasmi kepada isteri seorang raja.
Ia berikutan restu Ratu Elizabeth II sebelum kematiannya, untuk Camilla menggunakan gelaran itu.
Anak lelaki Duke dan Duchess of Sussex, Putera Harry dan Meghan iaitu Archie Mountbatten-Windsor kini diangkat sebagai putera raja seperti yang ditetapkan Raja George V pada 1917.
Pada 2021, Charles dicadangkan untuk mengehadkan jumlah kerabat diraja utama apabila dia menjadi raja sebagai usaha menghalang Archie menjadi putera raja.
 EPN
Baginda perlu mengeluarkan Surat Paten yang meminda hak Archie untuk menjadi putera raja dan hak Lili, anak perempuan Putera Harry untuk menjadi puteri.
Archie dan Lili tetap kekal sebagai putera dan puteri sama ada ibu bapa mereka memilih untuk menggunakan gelaran diraja atau sebaliknya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
semoga putera william cecepat pergi buat rawatan rambut yach |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 22-9-2022 12:43 PM
semoga putera william cecepat pergi buat rawatan rambut yach
Daripada buat rawatan rambut, lebih baik botakkan terus
Anak2 hairy masih belum dapat title prince/princess ye |
|
|
|
|
|
|
|
comel la plak anak2 harry dlm gmbr kt atas tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan king c declare title anak2 harry tu. Reputs ni pun, benda tu mmg dah common knowledge pun. Kalau ikut patent tu mmg anak2 dia jd prince and princess, bukan mcm yg ko kata tu heols declare. Heols blum declare pun. I is kecewa sbb berita yg reput ni tulis is so yesteryears. |
|
|
|
|
|
|
|
..anak-anak Harry dan Megan ni masih bergelar Master dan Miss lagi, kalau tak silap la.. |
|
|
|
|
|
|
|
aik ini pon jadi isu ke. dah atok nya dah jadi king, automatik cucu2 mmg jadi putera / puteri la direct descendent kot |
|
|
|
|
|
|
|
sumpah x phm dorg punye gelaran2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Itupun Harkles meronta nak anak ada title HRH kat depan. Demand nak itu ini, tak sedar diri kut dah kena exile |
|
|
|
|
|
|
|
geram nak cukur rambut si william |
|
|
|
|
|
|
|
william tu mmg keturunan botak tgh..
tgk jer la pakmenakan dia prince edward tu. sepesen jer. |
|
|
|
|
|
|
|
pening betul dgn title drg ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun si william punya kepala menganggu sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
hyie: semoga putera william cecepat ... [em:4:] alahh botak is awesome hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
ketambangkang replied at 22-9-2022 01:56 PM
sumpah x phm dorg punye gelaran2 ni
Mcm tu lah jugak dorang tak paham system beraja kita......
Ada Agong, ada sultan, ada tengku mahkota, ada Temenggung, ada TMJ......
Fenin...fenin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni satu lagi drama yang bakal jadi panjang juga ni |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya gelaran Prince William & Kate... Tanggungjawab pun bertambah lah ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
blakerainer replied at 22-9-2022 02:12 PM
Itupun Harkles meronta nak anak ada title HRH kat depan. Demand nak itu ini, tak sedar diri kut dah ...
prince/princess tanpa HRH serupe jadi mcm ayah die jela. kalau ade HRH. dorg entitled dpt free security. dpt pulak royal stipend (allowance). pastu org lain kene tunduk hormat dkt die.
no HRH no free income. mcm harry skrg tgh fight dkt mahkamah psl security. since die dh stepdown dr brf dan jd non working brf, die dh tak dpt allowance, takde security.
kalau anak die dpt HRH, bole la makpak tumpang sekaki kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|