CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Dua Beranak Jalan Sejauh 5km, Nak Pinjam Duit Tapi Kawan Tak Sampai-Sampai

22-9-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4780| Komen: 40

Perjalanan dua beranak dari Larkin ke Taman Suria, Johor Bahru hanya dengan berjalan kaki demi meraih ihsan rakannya telah menyentuh hati ramai.

Kisah mereka dikongsikan pemilik akaun TikTok, Mama Hedys menerusi beberapa rakaman video yang kini menjadi tular dengn lebih 850,000 tontonan dalam tempoh empat hari.

Menurut pemilik akaun, perjalanan seorang bapa dengan anak perempuannya itu bertujuan untuk meminjam wang daripada seorang rakan di Taman Suria bagi membayar bil elektrik dan air yang sudah tertunggak.



Katanya lagi, dia terjumpa dua beranak berkenaan yang sedang duduk berehat di tepi jalan dalam keadaan keletihan.


“Mereka dari Larkin ke Taman Suria, tunggu nak jumpa dengan kawan untuk pinjam duit buat bayar bil api dan air rumah,” katanya.

Lebih menyentuh hati, ketika pada awalnya Mama Hedys terjumpa mereka, kanak-kanak perempuan tersebut dilihat sedang tidur di belakang bapanya itu disebabkan penat berjalan lebih sejam.



Menjengah ke ruangn komen, ramai yang menitipkan doa agar segala urusan dua beranak tersebut dipermudahkan.

“Ya Allah, moga urusan pak cik ini dan anaknya dipermudahkan, kalau ada nombor akaun bank boleh sama-sama kita bantu,” kata Maisarah.

“Teringat arwah bapa, sebab dulu dia juga kerja keras untuk besarkan kami lima beradik, sanggup tebalkan muka pinjam duit pada kawan, saudara untuk pastikan kami cukup makan. Alhamdulillah, sekarang kami adik beradik dah berjaya, cuma tak sempat nak berbakti pada arwah bapa,” luah seorang pengguna.

Sementara itu, seorang pengguna, Kukuciwi memaklumkan bahawa pak cik tersebut sering lihat berjalan bersama anak perempuannya sekitar Larkin.

“Pak cik dan anak ini memang sentiasa ada di kawasan Larkin. Ayah dia memang rajin kendong anak dia dekat belakang. Terbaik kepada anda sekeluarga kerana tolong mereka,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idayusoff 22-9-2022 11:44 AM
baik nya keluarga yg menolong pakcik ni. semoga pakcik dan anaknya dimurahkan rezeki sentiasa
Quote rifaa 22-9-2022 11:52 AM
semoga dimudahkan urusan pakcik ni
Quote Skuau 22-9-2022 11:52 AM
Edited by Skuau at 22-9-2022 07:35 PM

awat tak kol jer..boleh la kawan dia masukkan rm ke 'akaun peribadi dia'.Semudah itu.
Quote Supersirap 22-9-2022 12:12 PM
Semoga urusan keluarga ini dipermudahkan
Quote krustykrab 22-9-2022 12:19 PM
Kalau membantu tak rekod tak sah kan..skg nk buat amal ibadat sedekah jariah wajib rekod jadi tontonan satu dunia kan..mesti ada rasa riak sikit sebyk dlm hati tu
Quote bakingsoda 22-9-2022 12:45 PM
Edited by bakingsoda at 22-9-2022 12:46 PM

bersyukur sayu sangat dapat jumpa dan bantu pakcik dgn anak dia, ada la modal content ye dakk? emm ponder rupanyahhh patut laa
Quote cik_sssara 22-9-2022 01:01 PM
Kenapa pinjam duit? Kenapa tertunggak bil? Kerja tak? Gaji tak cukup? Pasti ke nak buat bayar bil?
Quote diss69 22-9-2022 01:06 PM
Moga dipermudahkan urusan..dan rezki melimpah ruah utk penerima n pemberi..
Quote paz 22-9-2022 01:28 PM
Sedihnya. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki pakcik sekeluarga.
Quote buragazz 22-9-2022 01:35 PM
Ternampak kat tiktok semalam rasanya.. siap yang jumpa tu belikan baju makan tak silap... murah rezeki yang membantu ni...
Quote jalfa 22-9-2022 01:46 PM
Kenapa heret anak sekali..kesian budak budak kena jalan
Quote nurshima 22-9-2022 01:57 PM
krustykrab replied at 22-9-2022 12:19 PM
Kalau membantu tak rekod tak sah kan..skg nk buat amal ibadat sedekah jariah wajib rekod jadi tonton ...

Tak elok cakap mcm ni.  Buat baik boleh ditunjuk untuk dijadikan contoh kpd org lain,  apa niat org yg merakam usah dipertikai sbb tidak nampak,  tp kebaikan membantu itu nampak,  sebarkan perkara positive.
Quote nurshima 22-9-2022 01:58 PM
Sesiapa di sekitar larkin cuba approach pak cik ni,  anak dia perlu ke sekolah.
Quote bulalof 22-9-2022 02:14 PM
keikhlasan boleh dipertikai tatkala menjadi bahan content utk meriak.
Quote epullipan 22-9-2022 02:22 PM
may Allah ease everything both of you
Quote lattehazelnut 22-9-2022 02:22 PM
I mean meriak mcm ni still lg ok drp 99% content tiktok yg merapu..
Quote Thunderclouds 22-9-2022 02:29 PM
Acik2 porem take note yachhh..buat baik kna rakammm..kc viral...tunjuk contoh yg baik sesama hgpa. Spread the positivity gitohhhhh..
Quote lattehazelnut 22-9-2022 02:40 PM
Skuau replied at 22-9-2022 11:52 AM
awat tak kol jer..boleh la kawan dia masukkan rm ke 'akauan peribadi dia'.Semudah itu.

Kalau dah kne jalan kaki 5km n bil air letrik tertunggak..
Mungkin xde kredit nak call..
Ntah kawan dia tau ke x tah dia datang ke sana..
Quote asamfish 22-9-2022 02:53 PM
kalau ikutkan satu komen tu, dia cakap dia selalu nampak pakcik ni kendong anak dia di sekitar larkin.  kalau selalu kendong anak sekitar larkin mcm tu, pakcik ni kerja apa?  jangan dia guna anak sebagai perisai utk tagih simpati sudah lah...

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.089374 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top