CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Tawar RM150,000 Kalau Jumpa Lee Chong Loong

22-9-2022 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1159| Komen: 1

Description: Ahli keluarga Lee Chong Loong, lelaki yang hilang ketika melakukan pandu uji jet ski di perairan berdekatan Pulau Talang-Talang, Sematan, Sarawak, menawarkan ganjaran sehingga RM150,000 kepada mereka ...
Ahli keluarga Lee Chong Loong, lelaki yang hilang ketika melakukan pandu uji jet ski di perairan berdekatan Pulau Talang-Talang, Sematan, Sarawak, menawarkan ganjaran sehingga RM150,000 kepada mereka yang berjaya menemukan mangsa.


Dalam satu poster yang tular semalam, mereka  menawarkan ganjaran RM30,000 dan jika mangsa ditemukan masih hidup pula ganjaran RM150,000 akan diberikan.


Foto tular mengenai tawaran berkenaan

"Jika anda mempunyai sebarang maklumat, sila hubungi 019-8553333 atau 016-8872000. Kami merayu kepada orang awam untuk membantu mencari Lee yang dilaporkan hilang semasa menaiki jet ski dari Pulau Talang Talang ke jeti Santubong.


"Pertolongan dalam pencarian Lee amat diperlukan secepat mungkin," kata keluarga mangsa dalam poster itu.

Lee, 46, kali terakhir dilihat memakai baju lengan panjang dan seluar panjang berwarna hitam dilaporkan hilang pada sekitar jam 4 petang Jumaat lalu.

Mangsa juga dikatakan mempunyai tatu SED di badannya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu, Pegawai Bomba Kanan 1, Jaree Mohamad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelima hari ini masih gagal mengesan mangsa.

"Anggota SAR dari BBP Lundu sudah melakukan pencarian menggunakan sebuah bot penyelamat di sekitar Pulau Talang-Talang dan seterusnya di Muara Sungai Lundu.

"Anggota SAR dari BBP Petra Jaya juga menjalankan pencarian menggunakan dua buah bot penyelamat di persisiran pantai dari Tanjung Serpan sehingga kawasan Pulau Talang-Talang selain sekitar Pantai Trombol dan Muara Sungai Buntal namun mangsa masih belum dijumpai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi SAR ditangguh pada jam 5.30 petang dan akan disambung hari ini.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 22-9-2022 04:47 PM
memang dari family kaya la ni...jom la buat OT mencari mangsa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.122200 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top