Seorang pelajar tingkatan satu mendakwa hampir diculik tiga lelaki yang menaiki sebuah kenderaan dalam kejadian di Tanjung Dawai, Sunga Petani, Kedah. Kejadian kira-kira jam 6.55 pagi itu berlaku ketika pelajar lelaki berusia 13 tahun itu sedang menunggu van sekolah di hadapan sebuah kedai runcit di pekan Tanjung Dawai. Menerusi laporan Utusan, pelajar terbabit menunggu van itu bersendirian sebelum dihampiri kenderaan berwarna kelabu dinaiki tiga lelaki terbabit.
Lokasi kejadian. SUMBER Utusan "Tiba-tiba sebuah kereta warna kelabu yang dipandu laju dari arah bangunan Arked Mara berhenti di hadapan saya sebelum dua lelaki turun sambil meminta saya menaiki kenderaan itu. "Mereka sempat memegang baju sebelum saya meronta dan berlari pulang ke rumah di Kampung Kepala Tanjung yang terletak kira-kira 100 meter untuk memaklumkan kepada ibu. "Melihat saya berjaya melepaskan diri, dua lelaki itu kembali memasuki kenderaan sambil dipandu pergi oleh seorang lagi kawan mereka," dakwa pelajar tersebut. Gambar hiasan. SUMBER Google Sementara itu, ibu pelajar itu berkata, dia cemas melihat anaknya berlari pulang ke rumah dengan wajah pucat sambil menangis teresak-esak. "Saya terkejut melihat keadaannya seperti dalam ketakutan sebelum memintanya menenangkan diri. Selepas beberapa minit kemudian, dia memaklumkan ada orang cuba menculiknya menggunakan sebuah kenderaan. "Saya terkejut dengan kejadian ini yang mana suami saya yang bekerja sebagai nelayan tidak pernah bergaduh dengan sesiapa sehingga membuatkan orang berdendam dan cuba menuclik anka," katanya. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut namun enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan. -CARI |
kakikuDibibirmu: Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, kamjad betoi, Ffira Mikah tersenyum sinis{: ...
ADVERTISEMENT