Di Jakarta, empat suspek diberkas kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun tidak akan ditahan polis kerana kesemuanya masih di bawah umur.
Menerusi laporan Kompas.Com, kesemua suspek tersebut berusia antara 11 hingga 13 tahun dan mereka akan dihantar ke pusat pemulihan di Cipayung, Jakarta Timur.
Ketua Polis Metro Jakarta Utara, Wibowo berkata, keempat-empat suspek akan dimasukkan ke pusat pemulihan tersebut selama enam bulan.
Gambar hiasan. SUMBER Google
"Sehingga kini, keempat-empat suspek itu masih dalam tahanan reman dan mereka tidak akan dipulangkan kepada keluarga masing-masing sehingga selesai proses pemulihan.
"Sebab utama mengapa mereka tidak dihantar pulang kerana keadaan keluarga masing-masing tidak berada dalam keadaan yang baik.
"Kesemua suspek bawah umur itu berasal dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah," katanya.
Selain itu, keempat-empat suspek juga dilaporkan sudah lama berhenti sekolah.
Sumber Kompas.Com
Kes tersebut bermula apabila kesemua suspek didakwa mengenali mangsa merogolnya di sebuah taman ketika berjalan pulang ke rumah.
Polis memaklumkan, seorang daripada suspek pernah menaruh perasaan pada mangsa namun tidak dilayan menyebabkan mereka nekad untuk merogolnya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Alahai untung muda2 rogol org masuk pusat pemulihan 6bln je..tu pn sbb xdipulangkan ke family sbb family misekin..kalo family mampu harus dipulangkan gitu?
Ya Allah td kt India kena rogol lps tu dibakar yg ni kt indon plk
knp hukuman kt indon begitu enteng sekali @Friska
6 bulan jer lps tu dibebaskan
kang entah saper plk dirogolnya
jd yg sumbat bebird tu semua sekali ke atau sorg aje